Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah haji berangkat dari Arafah ke Muzdalifah

Setelah melaksanakan wukuf di Arafah, jemaah haji bergerak menuju ke Muzdalifah saat terbenamnya matahari (waktu Maghrib) di tengah-tengah langkah protokol kesihatan yang ketat.

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah haji berangkat dari Arafah ke Muzdalifah

Gambar oleh Kementerian Media Saudi menunjukkan para jemaah haji wanita memanjatkan doa di Bukit Arafah semasa kemuncak ibadat haji. (Gambar: AFP)

MAKKAH: Setelah melaksanakan wukuf di Arafah, jemaah haji bergerak menuju ke Muzdalifah saat terbenamnya matahari (waktu Maghrib) di tengah-tengah langkah protokol kesihatan yang ketat.

Langkah-langkah protokol kesihatan yang ketat dilakukan oleh kerajaan Saudi selaku Penjaga Dua Masjid Suci agar jemaah haji berjaya melaksanakan ibadah suci, lapor Agensi Media Saudi (SPA) pada Jumaat (31 Jul).

Di Muzdalifah, jemaah haji melaksanakan solat Maghrib dan Isya yang digabungkan serta disingkatkan.

Setelah itu, mereka bermalam di sana hingga waktu fajar sebelum menuju ke lembah Mina.

Perjalanan jemaah haji dari Arafah ke Muzdalifah dilaporkan berjalan lancar, dengan khidmat yang dsediakan oleh pihak berkuasa tuan rumah termasuk tindakan pencegahan serta protokol kesihatan. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan