Jemaah Haji 2023 diwajibkan lengkap divaksin terhadap COVID-19
RIYADH: Para jemaah yang ingin menunaikan ibadah Haji tahun ini diwajibkan lengkap divaksin terhadap COVID-19, menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Kementerian tersebut menyatakan, semua jemaah Haji tahun ini juga dikehendaki mendapatkan suntikan vaksin meningokokus dan vaksin demam selesema musiman, lapor Saudi Gazette.
Syarat-syarat dan peraturan-peraturan kesihatan bagi para jemaah Haji termasuk jemaah tidak menghidap sebarang penyakit kronik akut atau penyakit berjangkit, menurut kementerian itu selanjutnya.
Menteri Haji dan Umrah Dr Tawfiq Al-Rabiah sebelum ini mengumumkan bahawa Arab Saudi memansuhkan had usia jemaah setelah tiga tahun melaksanakan sekatan bagi membendung penularan COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.