Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah dinasihati agar tidak bawa jumlah besar wang, barang kemas ketika tunai umrah

Anggaran Waktu Membaca:

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menasihatkan jemaah supaya mengelak daripada membawa jumlah besar wang dan barang kemas semasa mengerjakan ibadah umrah. 

Jemaah yang datang ke Arab Saudi untuk melakukan umrah seharusnya tidak membawa lebih daripada 60,000 riyal (S$21,280), jongkong emas serta batu permata dan logam berharga. 

Kementerian itu turut memberi amaran kepada jemaah agar tidak mendedahkan diri mereka kepada penipuan kewangan. Ia menggesa para jemaah agar untuk memuat turun aplikasi bank daripada sumber-sumber rasmi, lapor Saudi Gazette. 

Jemaah juga dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat kad bank mereka, tidak memindahkan wang kepada sumber yang tidak dikenali dan memeriksa kesahihan pautan elektronik sebelum membuat sebarang pembayaran. 

Selain itu, kementerian itu menasihati jemaah agar tidak menghiraukan pautan dan kiriman mesej yang tidak diketahui sumbernya. 

Kementerian itu menyatakan sekiranya jemaah menjadi mangsa penipuan kewangan atau mensyaki berlaku penipuan, mereka mesti segera memaklumkan kepada bank dan pihak berkuasa yang berwenang.

Jemaah juga harus menyerahkan mesej mencurigakan itu kepada nombor 330330, menurut laporan Saudi Gazette.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan