Skip to main content

Dunia

Jemaah di Masjid Nabawi kini harus imbas kod bar bagi lawatan ke Raudah

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah di Masjid Nabawi kini harus imbas kod bar bagi lawatan ke Raudah

Jemaah di luar Masjid Nabawi pada 24 Januari 2004. (Gambar: AFP)

RIYADH: Agensi Masjid Nabawi dan pihak berkuasa tertentu sudah mula menggunakan mekanisme baharu untuk melawat Raudah.

Mekanisme tersebut, yang bergantung kepada teknologi digital, memerlukan jemaah untuk mengimbas kod-kod bar di pintu masuk automatik untuk memasuki Raudah, lapor Saudi Gazette.

Pihak berkuasa menarik perhatian bahawa prosedur bagi lawatan ke Raudah harus dilakukan melalui platform Nusuk, dan jemaah akan dimaklumkan mengenai langkah-langkah yang harus mereka ikuti untuk melakukan lawatan dengan langkah-langkah yang mudah dalam pelbagai bahasa.

Jemaah akan menerima mesej yang mengesahkan janji temu mereka melalui pendaftaran tersebut.

Kemudian, jemaah akan diingatkan mengenai temu janji mereka 24 jam sebelum tarikh lawatan, yang akan meminta mereka untuk mengesahkan atau membatalkan lawatan.

Menurut laporan Saudi Gazette, kod bar tersebut tidak boleh digunakan bagi lawatan sebelum tarikh yang ditetapkan.

Sebaik sahaja jemaah tiba di Masjid Nabawi, mereka akan diarahkan melalui skrin bimbingan ke pintu masuk yang ditetapkan bagi lawatan ke Raudah.

Mereka akan disambut kakitangan yang dilatih dan dibawa melalui beberapa peringkat lawatan itu. Sebelum tiba di Raudah, jemaah harus mengimbas kod bar di pintu masuk automatik dan memasuki kawasan menuggu, sebelum dikumpulkan dan akhirnya dibenarkan masuk.

Jemaah akan dihantar pulang melalui pintu masuk yang ditetapkan jika permit mereka tidak aktif pada waktu tersebut.

Agensi Masjid Nabawi juga menetapkan laluan khas bagi mereka yang kurang upaya, dan pintu masuk yang mereka dapat memasuki akan ditetapkan mengikut kapasiti di Raudah.

Apabila mereka memasuki Raudah pada waktu yang ditetapkan, jemaah akan diarahkan ke pintu masuk Raudah melalui laluan yang teratur dan sama sehingga mereka tiba di kawasan beribadah. Selepas waktu lawatan tamat, jemaah akan diarahkan untuk ke pintu keluar yang ditetapkan.

Lawatan lanjutan akan dilakukan melalui sistem digital bertaraf tinggi yang beroperasi melalui kamera pintar dan sensor untuk mengesan corak pergerakan masuk dan keluar.

Ia dapat mengetahui jumlah jemaah melalui peta suhu dan geografik interaktif.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita