Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah di Johor dinasihati jangan terpedaya tawaran haji orang perseorangan, syarikat

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah di Johor dinasihati jangan terpedaya tawaran haji orang perseorangan, syarikat

Jemaah haji terhad tawaf keliling Kaabah pada 31 Jul 2020 (Gambar fail: SPA/AFP)

BATU PAHAT: Umat Islam di Johor diingatkan agar tidak terpedaya dengan mana-mana tawaran daripada syarikat atau orang perseorangan untuk mengerjakan ibadah haji terutama menjelang musim haji tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata Jabatan Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ada membuat pemantauan dan setakat ini tiada laporan mengenainya.

Beliau berkata pihaknya ada menerima satu laporan melibatkan penipuan tawaran haji tahun lepas.

"Setakat ini tiada (laporan), itu sebab kita beri nasihat awal supaya jangan ada jemaah kita yang terpedaya dengan ejen atau kumpulan yang tidak berdaftar dengan Tabung Haji kerana semua pemergian (melibatkan haji) adalah melalui agensi itu," katanya kepada Bernama pada majlis Riang Ria Klasik Aidilfitri di Rumah Orang Semerah 2023, baru-baru ini.

Encik Mohd Fared berkata seramai 3,557 rakyat Johor diberi tawaran menunaikan ibadah haji tahun ini.

Menurutnya jumlah itu membabitkan 14 penerbangan sama ada menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) terus ke Tanah Suci atau dari LTAS ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terlebih dahulu.

"Penerbangan pertama pada 30 Mei ini melibatkan 142 jemaah, manakala penerbangan terakhir pada 6 Jun," katanya.

Encik Mohd Fared juga mengingatkan agar jemaah haji yang telah menerima tawaran supaya membuat persiapan dan menjaga diri sebaiknya berikutan cuaca panas kebelakangan ini.

"Kami difahamkan cuaca tahun ini lebih panas daripada biasa. Saya menasihatkan semua jemaah haji supaya menjaga kesihatan dan mengikut semua garis panduan yang ditetapkan oleh Tabung Haji," katanya.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan