Jemaah boleh lebih dekat dengan Kaabah semasa tawaf umrah
Jemaah di Masjidil Haram pada 31 Disember 2021. (Gambar: AFP)
ARAB SAUDI: Para jemaah yang melakukan ibadah tawaf umrah di Masjidil Haram kini boleh berada lebih dekat dengan Kaabah.
Ini merupakan satu perubahan besar pada langkah-langkah pengurusan selamat di Arab Saudi.
Ia sejajar dengan pengumuman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, untuk menarik balik hampir kesemua sekatan-sekatan COVID-19, mulai awal bulan ini.
Namun mereka yang berkerusi roda kini perlu bertawaf di tingkat satu.
Selain tiada lagi penjarakan sosial ketika bersolat, keperluan permit untuk solat ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, juga dimansuhkan.
Bagaimanapun tiada perubahan kepada permit umrah dan ziarah Raudhah.
Tetapi para jemaah masih perlu memakai pelitup semasa berada di dalam bangunan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.