Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah boleh kembali rapatkan saf solat berjemaah di masjid, kata Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal bermula Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ mulai 1 April ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semasa mengumumkan perkara itu hari ini (8 Mac) bagaimanapun menjelaskan pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Beliau berkata isu merapatkan saf ketika solat berjemaah adalah satu isu besar yang sering diperkatakan oleh rakyat yang mahu ibadah dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

“Jadi imam lepas ini boleh katakan rapatkan saf kerana kita (kerajaan) tidak lagi menetapkan penjarakan fizikal satu meter.

“Bagaimanapun, oleh kerana Perlembangaan Persekutuan menyatakan perkara berkaitan agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan di negeri-negeri, maka walaupun saya sebut tiada lagi penjarakan fizikal (ketika solat), itu adalah cadangan daripada Kerajaan Persekutuan, tetapi penentuan akhir terletak pada kerajaan negeri masing-masing,” kata beliau pada sidang media khas di Bangunan Parlimen pada Selasa (8 Mac).

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan