Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah asing tertakluk kepada selang masa 10 hari antara 2 umrah

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjelaskan selang masa wajib selama 10 hari antara pengeluaran dua permit umrah tertakluk kepada jemaah daripada semua peringkat umur termasuk jemaah warga asing, lapor Saudi Gazette.
 

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah asing tertakluk kepada selang masa 10 hari antara 2 umrah

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Jan 2022 08:43AM Dikemas Kini : 17 Jan 2022 08:43AM

RIYADH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjelaskan selang masa wajib selama 10 hari antara pengeluaran dua permit umrah tertakluk kepada jemaah daripada semua peringkat umur termasuk jemaah warga asing, lapor Saudi Gazette.

"Jemaah asing boleh menunaikan maksimum tiga umrah sepanjang tempoh 30 hari berada di negara ini. Jemaah yang mendapat permit bagi mengerjakan umrah boleh membuat janji temu untuk umrah kedua melalui aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna pada hujung hari ke-10 selepas menunaikan umrah pertama," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Memetik laporan Saudi Gazette, berdasarkan peraturan awal yang dikeluarkan kementerian itu, semua jemaah berusia 12 tahun dan ke atas dari dalam dan luar negara serta mempunyai status kesihatan kebal tertera pada permohonan Tawakkalna selepas melengkapkan vaksin COVID-19 akan dibenarkan menunaikan umrah dan bersolat di Masjidil Haram.

Kementerian itu memaklumkan tiada pilihan dalam permohonan Eatmarna atau Tawakkalna untuk menukar tarikh permit dikeluarkan. Satu-satunya cara adalah untuk membatalkan permit dan mengeluarkan semula permit. Pembatalan boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum empat jam daripada slot masa yang diberikan untuk menunaikan umrah dalam permit tersebut.

Kementerian itu menjelaskan sekiranya permit dibatalkan selepas ia memasuki waktu menunaikan umrah seperti ternyata dalam permit, jemaah hanya boleh menempah permit baru selepas 10 hari, lapor Saudi Gazette.

Peraturan 10 hari yang baru itu berikutan pelaksanaan semula langkah berjaga-jaga dan protokol pencegahan kesihatan koronavirus seperti memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan sosial di Dua Masjid Suci ekoran lonjakan kes COVID-19, terutamanya varian Omicron di negara itu.

Kementerian tersebut sebelum ini mengenakan selang masa 15 hari antara pelaksanaan dua umrah tetapi membatalkannya pada hujung Oktober tahun lalu. Kemudian, ia memperkenalkan selang masa 10 hari antara dua umrah.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa