Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah asing boleh masuk atau berangkat dari mana-mana lapangan terbang Saudi

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menjelaskan para jemaah warga asing boleh tiba atau berangkat dari mana-mana lapangan terbang di negara itu.

Kementerian tersebut juga menyatakan tempoh maksimum para jemaah dibenarkan berada di Saudi adalah 90 hari dan mereka boleh bergerak bebas antara Makkah, Madinah atau bandar-bandar lain di Saudi, lapor Saudi Gazette. 

Jemaah warga asing hanya perlu memohon visa Umrah menerusi wadah elektronik bagi para individu.

Namun, lawatan umrah itu juga harus menggunakan aplikasi Eatamarna untuk memastikan seseorang jemaah tidak dijangkiti COVID-19. 

Para pelawat ke Saudi kini juga boleh memohon visa setibanya di negara itu, tambah Saudi Gazette. 

Sumber : Agensi berita/AA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan