Jemaah akan raih manfaat teksi udara dan dron semasa musim haji tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Saudi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP/SPA
MADINAH: Menteri Pengangkutan dan Logistik Arab Saudi Saleh Al-Jasser mengumumkan bahawa para jemaah haji akan dapat menikmati pengalaman unik memanfaatkan perkhidmatan teksi udara dan dron semasa musim haji tahun ini.
“Ini membentuk kaedah pengangkutan yang sangat berdaya maju termasuk aplikasi teksi. Terdapat persaingan antara banyak syarikat khusus dalam sektor pengangkutan untuk menyediakan pengangkutan terbaik dalam masa beberapa tahun akan datang,” katanya.
Encik Al-Jasser berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad bin Abdulaziz di Madinah pada pagi Khamis.
"Penting untuk kita mempelajari teknologi ini dan persekitaran yang sesuai untuk mengendalikan kaedah pengangkutan sedemikian pada musim sebegini dan kami akan berada di barisan hadapan untuk meraih manfaat daripada perkhidmatan ini," katanya sambil menambah bahawa musim haji akan mempunyai bahagian terbesar kaedah pengangkutan sedemikian.
Tahun lalu, Encik Al-Jasser mendedahkan bahawa teksi udara akan diuji semasa musim Haji dalam tempoh beberapa tahun akan datang, lapor Saudi Gazette.
Sementara itu, syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines pula memperkenalkan rancangan untuk mengelolakan teksi udara untuk mengangkut jemaah Haji antara Lapangan Terbang Raja Abdulaziz di Jeddah dan hotel-hotel di Makkah.
Syarikat tersebut malah, menyasarkan untuk membeli kira-kira 100 pesawat sedemikian untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut.
Pada hujung Januari, Abdullah Al-Shahrani, pengarah perhubungan korporat dan jurucakap Saudia Group, mengatakan bahawa syarikat penerbangan itu sedang membuat persiapan untuk menggunakan teksi udara sebagai kaedah pengangkutan baharu semasa musim Haji tersebut.
Beliau turut mendedahkan bahawa Saudia Group telah memeterai perjanjian untuk membeli 100 pesawat Lilium, pesawat pengangkut elektrik Jerman (eVTOL) untuk mengangkut jemaah antara lapangan terbang di Jeddah itu serta laluan udara di hotel-hotel Makkah berdekatan dengan Masjidil Haram serta tapak-tapak suci yang lain.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.