jelasBERITA: Sejauh mana tahap kemusnahan di Gaza?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Getty Images)
PARIS: Perang di Carikan Gaza antara Israel dengan Hamas,di mana perjanjian gencatan senjata berjaya dimeterai pada Rabu (15 Jan), telah menyebabkan puluhan ribu orang terkorban dan mewujudkan bencana kemanusiaan.
Perjanjian gencatan senjata yang rapuh itu dijangka bermula pada Ahad, namun masih perlu diluluskan oleh kabinet Israel.
Skala besar serangan dan keganasan pertempuran memusnahkan landskap bandar wilayah Palestin yang padat dengan penduduk.
Berikut adalah kesan prasarana ekoran perang tersebut.
170,000 BANGUNAN ROSAK ATAU MUSNAH
Gaza adalah salah satu tempat yang paling padat penduduk di dunia.
Sebelum perang tercetus, seramai 2.4 juta penduduk tinggal di kawasan seluas 365 kilometer persegi.
Setakat 1 Disember 2024, hampir 69 peratus bangunan di Gaza telah musnah atau rosak, menurut imej satelit yang dianalisis oleh Pusat Satelit PBB (UNOSAT). Ia juga bersamaan dengan 170,812 bangunan.
Penyelidik Amerika Syarikat Corey Scher dan Jamon Van Den Hoek, yang menggunakan imej satelit dengan metodologi yang berbeza, membuat kiraan bahawa 172,015 bangunan rosak atau musnah di Gaza pada 11 Januari 2025.
Serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel mengakibatkan lebih 1,200 orang maut di pihak Israel, kebanyakannya orang awam, menurut kiraan AFP berdasarkan perangkaan rasmi Israel.
Angka tersebut termasuk tebusan yang terbunuh semasa dalam tawanan di Carikan Gaza.
Sejak 7 Oktober 2023, sekurang-kurangnya 46,788 warga Palestin, kebanyakannya orang awam, terbunuh dalam kempen ketenteraan Israel di Gaza, menurut data yang diberikan oleh kementerian kesihatan di wilayah yang dikuasai Hamas itu.
Angka-angka ini diterima sebagai boleh dipercayai oleh PBB.
BANDAR RAFAH SEPARUH MUSNAH
Sebelum perang berlaku, Bandar Gaza di utara wilayah ini mempunyai sekitar 600,000 penduduk. Hampir tiga perempat bangunannya (74.2 peratus) sudahpun rosak atau musnah.
Di Rafah, yang juga bandar paling selatan Gaza bersempadan dengan Mesir, tentera Israel melancarkan serangan darat pada awal Mei.
Menjelang akhir bulan itu, hampir 48.7 peratus bangunan di Rafah terjejas, berbanding 33.9 peratus pada bulan sebelumnya.
Walaupun kurang dibedil berbanding Bandar Gaza, bahagian luar bangunan yang musnah serta bangunan yang runtuh menjadi bukti kepada kesan dahsyat perang itu.
Kumpulan hak asasi manusia Amnesty International menyatakan bahawa lebih 90 peratus bangunan di sepanjang 58 kilometer persegi wilayah sempadan Gaza dengan Israel kelihatan telah "musnah atau rosak teruk" antara Oktober 2023 dengan Mei 2024.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan bahawa pembinaan semula di wilayah itu akan mengambil masa sehingga 15 tahun dan menelan kos sebanyak AS$50 bilion (S$68.31 bilion).
SEPARUH HOSPITAL TIDAK BERFUNGSI
Sepanjang perang tersebut, hospital-hospital di Gaza berulang kali diserang oleh Israel, yang mendakwa Hamas menggunakan kemudahan itu untuk tujuan ketenteraan, iaitu satu tuduhan yang dinafikan oleh kumpulan berkenaan.
Hospital Kamal Adwan, yang juga salah satu daripada beberapa kemudahan perubatan yang masih beroperasi di utara Gaza, kini kosong dan tidak berfungsi sejak serangan besar Israel pada hujung Disember, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Setakat 31 Disember, hanya 18 daripada 36 hospital di Gaza, atau separuh, yang berfungsi sebahagiannya, menurut WHO, dengan jumlah kapasiti 1,800 katil.
Data dari UNOSAT dan pangkalan data geografi OpenStreetMap juga menunjukkan bahawa lebih 83 peratus masjid di Gaza telah rosak atau musnah.
HAMPIR 90% SEKOLAH MUSNAH
Sekolah-sekolah yang sebahagian besarnya dikendalikan oleh PBB, di mana ramai orang awam telah mencari perlindungan dari pertempuran, juga teruk terjejas, dengan tentera Israel mendakwa Hamas menggunakan sekolah-sekolah tersebut untuk menyembunyikan anggotanya.
Pada 1 Disember 2024, UNICEF membuat kiraan bahawa 496 sekolah rosak -- hampir 88 peratus daripada 564 kemudahan. Terdapat serangan langsung ke atas 396 sekolah.
68% TANAH PERTANIAN TERJEJAS
Menurut imej satelit PBB dari 26 Ogos, 68 peratus tanah pertanian Gaza (103 kilometer persegi) telah rosak. Ini termasuk 79 peratus tanah pertanian di utara Gaza dan 57 peratus tanah pertanian di Rafah.
Kemusnahan sistem pengairan, ladang, jentera dan gudang lebih besar lagi, dengan antara 80 peratus hingga 96 peratus "musnah" sejak awal 2024, menurut laporan dari Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) pada September.
Selain itu, 68 peratus rangkaian jalan Gaza turut rosak.
Kira-kira 1,190 kilometer jalan raya musnah, 415 kilometer mengalami kerosakan teruk dan 1,440 kilometer rosak sederhana, menurut analisis awal oleh UNOSAT, berdasarkan data sehingga 18 Ogos.

Sumber : AFP/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.