jelasBERITA: Mengapa tunjuk perasaan di Iran kali ini berbeza?
Rakyat Iran turun ke jalanan untuk membantah kejatuhan nilai mata wang negara itu dan lonjakan inflasi, dengan ramai yang menggesa agar Republik Islam ditamatkan.
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON DC: Rakyat Iran turun ke jalanan untuk membantah kejatuhan nilai mata wang negara itu dan lonjakan inflasi, dengan ramai yang menggesa agar Republik Islam ditamatkan.
Namun, tindak balas pemerintah kali ini berbeza daripada gelombang pergolakan sebelum ini.
Jika sebelum ini pemimpin Iran bertindak pantas untuk menindas Gerakan Hijau (Green Movement) 2009 dan kebangkitan “Wanita, Kehidupan, Kebebasan” (Woman, Life, Freedom) pada 2022, pasukan keselamatan kali ini lambat bertindak sedang tunjuk perasaan sekarang ini semakin memuncak.
Daripada terus melancarkan tindakan keras, Presiden Masoud Pezeshkian pada awalnya bertindak dengan melaksanakan langkah bagi membebaskan dana untuk subsidi bagi golongan miskin.
Namun, langkah sementara itu tidak bertahan lama. Walaupun golongan miskin mungkin dapat ditenangkan, lapisan pertengahan masyarakat menanggung beban kos tersebut dan menyertai tunjuk perasaan dalam jumlah yang lebih besar.
Apa yang bermula sebagai luahan rasa tidak puas hati terhadap ekonomi dengan cepat berubah menjadi kebangkitan politik.
Hanya selepas tunjuk perasaan tercetus di seluruh negara pada Khamis (8 Jan) barulah pihak rejim bertindak dengan keras secara menyeluruh.
MENGAPA REAKSINYA BERBEZA?
Tunjuk perasaan sekarang ini berlangsung dalam bayangan perang 12 hari Iran dengan Israel pada Jun lalu.
Para pegawai Iran masih terkesan dengan konflik itu dan beroperasi atas andaian bahawa ia mungkin tercetus semula pada bila-bila masa.
Ancaman tersebut dilihat sebagai lebih berat berbanding kekacauan politik domestik, kerana serangan Israel terhadap Hezbollah serta kejatuhan rejim Bashar Al Assad di Syria meninggalkan Iran dengan keupayaan yang sedikit untuk menghalang campur tangan asing.
Bagi memburukkan lagi keadaan, Iran kini tidak lagi mampu menghalang pihak asing daripada menyemarakkan rasa tidak puas hati rakyat di dalam negara.
Semasa perang Jun 2025, rakyat Iran sememangnya berhimpun untuk menyokong negara, dan rejim tersebut bertindak dengan melonggarkan penguatkuasaan hukum agama, khususnya berkaitan pemakaian hijab.
Namun, tunjuk perasaan sekarang ini meletakkan pemerintah dalam dilema: Tindakan keras yang keterlaluan boleh meruntuhkan persefahaman rapuh yang dibina rejim tersebut dengan rakyat selepas perang, manakala membiarkan tunjuk perasaan berlarutan pula berisiko mengundang campur tangan asing.
Kemerosotan ekonomi Iran turut menjadi faktor penentu. Gabungan salah urus, rasuah dan sekatan yang melumpuhkan menyebabkan inflasi dan jumlah pengangguran melambung, secara beransur-ansur melemahkan golongan kelas pertengahan dan menambah bilangan golongan miskin yang bergelut.
Perang pada Jun mempercepatkan lagi trend ini.
Dalam tempoh enam bulan selepas itu, nilai rial susut lebih 40 peratus dan inflasi melonjak sehingga 60 peratus.
Dengan ramai yang menganggap bahawa kelumpuhan program nuklear Iran mengurangkan pengaruhnya untuk berunding bagi kelonggaran sekatan, modal pun mula mengalir keluar.
KEBANGKITAN BESAR-BESARAN SEBAGAI STRATEGI PERANG
Maka itu, menurut pandangan para pemimpin Iran, masalah ekonomi yang mendorong rakyat turun ke jalanan kini berkait rapat dengan ancaman luar yang dihadapi negara itu.
Mereka masih mengingati bahawa semasa perang tahun lalu, Israel menyeru rakyat biasa Iran supaya bangkit memberontak.
Israel menyatakan bahawa pembunuhan berpuluh-puluh komander kanan tentera serta serangan terhadap institusi ketenteraan dan keselamatan akan mendorong penduduk Iran untuk bangkit dan menggoncang sebuah negara yang tertekan.
Apabila hal itu tidak berlaku, pemimpin Iran menjadi pihak pertama yang mengakui bahawa mereka terselamat daripada perang berkat sokongan rakyatnya.
Namun, pada masa yang sama, mereka turut menyedari bahawa kebangkitan rakyat merupakan sebahagian daripada strategi perang Israel, dan kesedaran itu membentuk cara mereka melihat tunjuk perasaan sekarang ini.
Kecurigaan itu diperkukuh apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, baru-baru ini menggunakan media sosial untuk mengisytiharkan bahawa Amerika Syarikat berada dalam keadaan “siap siaga”, bersedia untuk campur tangan bagi “menyelamatkan" penunjuk perasaan Iran daripada tindakan keras yang ganas.
Ancaman sebenar tunjuk perasaan tersebut bukan terletak pada apa yang mampu dicapai rakyat Iran secara sendirian, tetapi sama ada ia boleh dijadikan alasan untuk mewajarkan tindakan ketenteraan Amerika terhadap Iran.
Perbandingan yang jelas ialah Libya dan Syria semasa Kebangkitan Arab (Arab Spring), apabila Amerika Syarikat dan beberapa pemerintah Eropah menggunakan alasan “tanggungjawab untuk melindungi” penunjuk perasaan bagi membenarkan campur tangan ketenteraan.
Kebangkitan rakyat itu dengan pantas berubah menjadi usaha penukaran rejim yang dipimpin pihak luar, yang akhirnya membawa kepada perang saudara dan keruntuhan negara.

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran juga dibarisi veteran konflik Syria.
Mereka menyaksikan sendiri betapa pantasnya tunjuk perasaan aman yang menerima sokongan luar boleh mencetuskan perang saudara.
Keperluan untuk mengelakkan nasib yang sama seperti Libya dan Syria menjadi pendorong utama di sebalik keputusan yang dibuat Iran pada hari ini.
STRATEGI VENEZUELA
Satu lagi faktor yang mempengaruhi pemikiran pemimpin Iran ialah tindakan Amerika Syarikat terhadap Presiden Venezuela, Nicolas Maduro. Seperti warga di seluruh dunia, pemimpin Iran turut terkejut.
Ini bukan bentuk pertukaran rejim seperti yang dilakukan Amerika di Afghanistan dan Iraq pada awal 2000an, atau yang diusahakan di Libya dan Syria sedekad kemudian.
Daripada mengerahkan tentera atau menggalakkan pembinaan negara, pentadbiran Encik Trump membiarkan struktur kuasa Chavista kekal, sambil menuntut agar ia tunduk kepada kawalan imperialis Amerika atau berdepan kekangan ekonomi.
Mungkinkah Amerika Syarikat menggunakan strategi serupa terhadap Republik Islam?
Jika demikian, ia mungkin cuba melancarkan serangan ketenteraan yang tepat untuk membunuh Pemimpin Ulung Iran serta tokoh-tokoh politik dan ketenteraan penting, merampas kapal-kapal tangki minyak Iran di perairan antarabangsa, kemudian menuntut agar apa yang masih berbaki daripada Republik Islam akur kepada kehendaknya (termasuk meninggalkan program nuklear dan peluru berpandu serta menyerahkan kawalan ke atas sumber semula jadinya).
Walaupun tanpa membunuh pemimpin Iran, strategi Amerika yang menggabungkan pengeboman dan sekatan ke atas eksport minyak berpotensi melumpuhkan rejim itu.
TIADA JALAN KELUAR MUDAH
Sedang ia berhadapan dengan senario-senario tersebut, tindak balas segera Iran adalah dengan menegaskan padah yang bakal ditanggung jika Amerika Syarikat bertindak ganas.
Pada 6 Januari, Majlis Pertahanan Iran menyemak pendirian strategiknya, dengan mengumumkan bahawa Iran mungkin mengambil “langkah pencegahan awal” sekiranya berdepan “tanda-tanda ancaman yang objektif”.
Walaupun serangan yang diambil sebagai langkah pencegahan awal terhadap sasaran Amerika di Timur Tengah hampir pasti akan mengundang perang yang tidak diingini Iran, dan berkemungkinan besar menamatkan rejim tersebut, Republik Islam tidak mampu memberi gambaran bahawa pihak yang menundukkannya tidak akan menerima sebarang padah.
Walau bagaimanapun, sekiranya Iran dapat mengelakkan pertembungan langsung dengan Amerika Syarikat, dan meskipun gelombang tunjuk perasaan sekarang ini mereda, ekonomi negara itu tetap berada dalam keadaan di mana ia terus merosot.
Ini bermakna kemarahan awam akan terus meningkat dalam jangka sederhana dan jangka panjang.
Republik Islam kini terhimpit dari dua sudut, ditekan oleh ancaman luar daripada Amerika Syarikat dan Israel, serta ancaman dalaman dalam bentuk kebangkitan besar-besaran rakyat.
Tiada jalan keluar yang mudah daripada kebuntuan tersebut.
Keruntuhan sepenuhnya Republik Islam mungkin tidak berlaku dalam masa terdekat, namun revolusi Iran kini semakin menghampiri penghujungnya.
*Rencana bertajuk 'Commentary: Why this wave of protests is different for Iran' diterbitkan oleh CNA pada 12 January 2026.
MENGENAI PENULIS
Vali Nasr, Profesor Pengajian Timur Tengah dan Ehwal Antarabangsa di Sekolah Pengajian Antarabangsa Lanjutan Universiti Johns Hopkins, merupakan seorang penulis buku, dengan yang terkini, 'Iran’s Grand Strategy: A Political History (Princeton University Press, 2025)'. Komentar ini pertama kali diterbitkan oleh Project Syndicate.

Sumber : Others/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.