jelasBERITA: Mengapa Trump mahukan Greenland dan bolehkah pulau itu diambil alih?
Pada bulan-bulan pertama selepas kembali ke Rumah Putih, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berulang kali menyatakan hasratnya untuk mengambil alih Greenland - dan tidak menolak kemungkinan penggunaan kekerasan tentera bagi mencapai matlamat tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
WASHINGTON: Pada bulan-bulan pertama selepas kembali ke Rumah Putih, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berulang kali menyatakan hasratnya untuk mengambil alih Greenland - dan tidak menolak kemungkinan penggunaan kekerasan tentera bagi mencapai matlamat tersebut.
Isu itu sebahagian besarnya tidak lagi mendapat liputan media sejak beberapa bulan kebelakangan ini, namun serangan Amerika Syarikat di Venezuela mengembalikannya ke tumpuan orang ramai.
“Kami memerlukan Greenland dari sudut keselamatan negara, dan Denmark tidak akan mampu melaksanakannya,” kata Encik Trump pada Ahad (4 Jan).
Sebagai maklum balas, Perdana Menteri Greenland Jens-Frederik Nielsen memberi amaran kepada Encik Trump agar berundur dan berkata bahawa pulau itu terbuka kepada dialog melalui saluran yang wajar, dan turut menghormati undang-undang antarabangsa.
MENGAPA TRUMP MAHUKAN GREENLAND?
Greenland, pulau terbesar di dunia, merupakan sebuah wilayah pemerintahan sendiri di bawah Denmark.
Ia terletak di sebuah lokasi strategik yang merangkumi Lautan Atlantik Utara dan Artik. Kawasan berkenaan mempunyai simpanan besar mineral penting dan bahan api fosil yang menjadi rebutan antara Amerika Syarikat dengan pesaing strategiknya, China dan Rusia.
Greenland juga mempunyai unsur nadir bumi yang belum diterokai dan berpotensi menjadi pemain penting apabila ais kutub cair dan laluan perkapalan baharu muncul.
Namun Encik Trump menolak tanggapan bahawa tenaga atau bahan galian Greenland mendorong minatnya, dengan berkata bahawa Amerika Syarikat mempunyai sumber yang mencukupi.
Sebaliknya, beliau berhujah pulau itu penting bagi keselamatan negara Amerika Syarikat.
“Kami memang memerlukan Greenland. Kami memerlukannya untuk pertahanan,” kata Encik Trump dalam temu bual melalui telefon dengan The Atlantic.
Kedudukan strategik Greenland antara Eropah dan Amerika Utara menjadikannya lokasi yang penting bagi sistem pertahanan peluru berpandu balistik Amerika Syarikat. Ia juga berada di laluan terpendek bagi peluru berpandu antara Rusia dan Amerika Syarikat.
Pulau itu kini menempatkan pangkalan udara paling utara milik Amerika Syarikat serta sebuah stesen radar yang digunakan untuk mengesan ancaman peluru berpandu dan memantau ruang angkasa.

Pangkalan Angkasa Pituffik dibina menyusuli perjanjian pertahanan pada 1951 antara Denmark dengan Amerika Syarikat. Ia menyokong operasi amaran peluru berpandu, pertahanan peluru berpandu dan pengawasan angkasa lepas bagi Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
BOLEHKAH TRUMP TAWAN GREENLAND?
Dari segi ketenteraan, hampir tiada apa yang dapat menghalang Amerika Syarikat daripada mencuba untuk merampas Greenland.
Namun dari sudut politik dan perundangan, akibatnya akan menjadi “penentu era”, kata Penolong Profesor William James dari Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS).
Walaupun Greenland bukan anggota NATO yang merdeka, ia dilindungi di bawah keanggotaan Denmark dalam pakatan tentera Barat tersebut, yang turut disertai Amerika Syarikat.
Sebarang penggunaan kekerasan akan menyebabkan sekutu NATO bersaing sesama sendiri.
“Jika Amerika Syarikat memutuskan untuk menyerang secara ketenteraan sebuah lagi negara NATO, maka semuanya akan terhenti - termasuk NATO dan seterusnya keselamatan pasca Perang Dunia II,” kata Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen.
Beliau menambah bahawa Amerika Syarikat mempunyai akses ketenteraan yang meluas ke Greenland di bawah perjanjian sedia ada.
“Saya perlu menyatakan perkara ini secara langsung kepada Amerika Syarikat,” kata Cik Frederiksen dalam kenyataannya pada Ahad.
“Amerika Syarikat tidak mempunyai hak untuk takluk mana-mana daripada tiga negara di bawah Kerajaan Denmark.”
Walaupun pentadbiran Encik Trump sejak sekian lama menyalahkan pemerintah Venezuela kerana mencetuskan ketidakstabilan serantau dan menggalakkan penyeludupan dadah, Greenland dan Denmark tidak menimbulkan ancaman terhadap keselamatan Amerika Syarikat.
ADAKAH TERDAPAT PILIHAN LAIN UNTUK TRUMP?
Profesor Madya Reuben Wong dari Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata sukar untuk bayangkan Kongres Amerika Syarikat akan bersetuju dengan tindakan ketenteraan atau campur tangan di Greenland.
“Pilihan yang mungkin berlaku ialah Greenland atau Denmark akan diberi tekanan untuk bertolak ansur terhadap kepentingan Amerika Syarikat (berkaitan) sumber unsur nadir bumi dan minyak di pulau itu,” kata beliau kepada Mediacorp.
Dr James dari RSIS berkata sebarang percubaan daripada Amerika Syarikat untuk memperoleh Greenland "hampir pasti" akan didahului dengan tempoh diplomasi paksaan dan satu bentuk aturan kewangan.
“Kebanyakan wilayah Amerika Syarikat diperoleh secara sejarah melalui pembelian (contohnya, Pembelian Louisiana daripada Perancis; Alaska daripada Rusia), dan Encik Trump kelihatan beranggapan bahawa setiap orang dan segala-galanya mempunyai harga.
"Namun setakat ini, Denmark dan Greenland tidak menunjukkan minat terhadap perjanjian sedemikian,” kata beliau.
“Perlu juga diingati bahawa Greenland mempunyai pemerintahnya sendiri. Sebarang pemindahan yang sah memerlukan persetujuan rakyat Greenland serta Denmark.”
APA AKAN BERLAKU JIKA AMERIKA AMBIL ALIH GREENLAND?
Cubaan Amerika Syarikat untuk merampas Greenland secara paksa akan membawa “bencana” kepada hubungan transatlantik, kata Dr James.
“Pencerobohan Amerika ke atas wilayah milik Denmark - sebuah negara Eropah, rakan sekutu NATO, dan sekutu yang kehilangan jumlah tentera yang tidak seimbang dalam peperangan pimpinan Amerika di Timur Tengah - adalah sesuatu yang belum pernah berlaku,” kata beliau kepada Mediacorp.
“Pencerobohan sedemikian akan melumpuhkan pakatan transatlantik dan melemahkan pencegahan di tengah-tengah perang di Ukraine. Sukar untuk dibayangkan situasi di mana NATO dapat terus bertahan selepas menghadapi pelanggaran kepercayaan pada tahap tersebut,” tambah beliau.
“Malah sekutu terdekat Amerika di Eropah, seperti Britain dan Poland, tidak boleh sekadar ‘bertenang dan meneruskan kehidupan’.”
Oleh itu, pencerobohan secara terbuka “sangat tidak mungkin berlaku”, kata Dr James.
Para pemimpin Eropah turut menyatakan sokongan terhadap Greenland menyusuli kenyataan Encik Trump, dengan menegaskan bahawa hanya Greenland dan Denmark berhak untuk menentukan masa depan wilayah tersebut.
Dr James berkata pembelian pulau itu melalui rundingan akan menjadi kurang dramatik, namun jika disertai paksaan secara terbuka, ia tetap akan menjejas kepercayaan.
“Sama ada melalui kekerasan atau cara ‘undang-undang’ yang bersifat paksaan, cubaan Amerika Syarikat untuk mendapatkan Greenland akan memberi tekanan besar - dan berpotensi mengubah secara kekal - pakatan transatlantik,” kata beliau.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.