jelasBERITA: Mengapa PM Britain usul Perkhidmatan Negara untuk remaja dan sejauh mana ia berhasil pupuk perpaduan?
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Rishi Sunak. (Gambar: Pool/AP)
SINGAPURA: Dalam usaha mewujudkan "semangat kekitaan dan setia kawan dalam kalangan anak muda", Perdana Menteri Britain Rishi Sunak merancang untuk memperkenalkan Perkhidmatan Negara bagi remaja berusia 18 tahun di negara itu.
Di bawah inisiatif tersebut, golongan remaja yang mencecah usia itu akan diperkasa dengan beberapa kemahiran agar dapat menyumbang kepada masyarakat - dengan mengambil bahagian dalam tugas khusus dalam tentera atau meluangkan hujung minggu untuk melakukan kerja suka rela.

Mengulas mengenai saranan tersebut, para pemerhati politik dan pakar pertahanan di Singapura mengatakan bahawa pertimbangan utama dalam rancangan itu adalah visi Encik Sunak kerana sekiranya inisiatif tersebut tidak dilaksanakan dengan baik, ia boleh memakan diri.
Mengenai respons parti pembangkang, iaitu Parti Buruh dan orang awam terhadap inisiatif tersebut, mereka menarik perhatian bahawa penting untuk meneliti mengapa Encik Sunak memilih Perkhidmatan Negara sebagai wadah untuk memupuk perpaduan di negara itu.
Lantaran itu, rasa kurang setuju yang disuarakan orang ramai boleh menjadikan rancangan itu "sangat sukar" untuk dilaksanakan, menurut seorang penyelidik di sini.
Sebahagian besar rancangan tersebut belum diumumkan sejauh ini, tetapi jika parti Encik Sunak (Parti Konservatif) memenangi Pilihan Raya Umum Britain pada Julai, satu skim perintis dijangka akan dilaksanakan pada September 2025.
Mediacorp meninjau apa yang telah dikatakan Encik Sunak setakat ini mengenai model Perkhidmatan Negara itu, sejauh mana ia berkesan dalam memupuk perpaduan dan apakah yang perlu dipertimbangkan oleh pemerintah Britain sebelum memperkenalkannya.
MENGAPA PERKHIDMATAN NEGARA DIUSULKAN?
Encik Sunak mengumumkan pada Rabu lalu (22 Mei) bahawa Britain akan mengadakan pilihan raya umum pada 4 Julai.
Rancangan untuk memperkenalkan Perkhidmatan Negara merupakan satu usulan besar pada dasar negara serta janji kempen yang pertama dikemukakan oleh Parti Konservatif pimpinannya sekiranya ia memenangi pilihan raya itu.
Menurut Encik Sunak, inisiatif itu akan membantu menyatukan masyarakat dalam "dunia yang kian tidak menentu", dengan Britain berdepan dengan masa depan yang "lebih berbahaya: dan "lebih berbelah bagi" hari ini.
"Tidak dinafikan bahawa nilai demokratik kami sedang diancam," tambahnya, sambil menyifatkan ia sebagai "model Perkhidmatan Negara yang berani dan baharu bagi mereka yang berusia 18 tahun".
James Cleverly, seorang anggota Parti Konservatif yang juga merupakan Setiausaha Negara Jabatan Dalam Negeri memberitahu BBC bahawa inisiatif tersebut bakal "menangani perpecahan dalam masyarakat".
"Terlalu ramai anak muda yang hidup dalam kepompong masing-masing, sama ada kepompong digital atau kepompong sosial.
APA MODEL PERKHIDMATAN NEGARA BAGI BRITAIN?
Walaupun saranan Encik Sunak memerlukan Perkhidmatan Negara diwajibkan, ia tidak dianggap sebagai kerahan tenaga di mana orang ramai dipaksa oleh undang-undang untuk menyertai angkatan bersenjata seperti di Singapura.
Namun, apabila seseorang mencecah usia 18 tahun, mereka akan dikehendaki dari segi undang-undang untuk memilih sama ada untuk menyertai latihan tentera sepanjang setahun atau melakukan kerja suka rela melalui sebuah program kemasyarakatan pada satu hujung minggu setiap bulan atau selama 25 hari dalam setahun.
Tiada siapa yang akan dimasukkan ke dalam penjara kerana tidak mengambil bahagian, tetapi akan terdapat hukuman bukan jenayah bagi mereka yang enggan berbuat demikian, menurut laporan media Britain.
ADAKAH IA CARA TERBAIK UNTUK PUPUK PERPADUAN?
Sekalipun mesej di sebalik saranan tersebut jelas penuh harapan, para pengamat politik menarik perhatian bahawa terdapat beberapa faktor yang akan menentukan sama ada inisiatif itu akan mencapai apa yang diharapkan.
Seorang pemerhati di Singapura bependapat rancangan itu boleh menjadi "senjata makan tuan" jika ia tidak dilakukan dengan berkesan.
Apabila ditanya sama ada usulan alternatif lebih berdaya maju, Dr Leong Chan-Hoong, zamil kanan penyelidikan perpaduan sosial di RSIS berkata bahawa Britain boleh menimbangkan untuk melakar dasar perumahan dan pendidikan yang menangani perpecahan dalam masyarakat, yang sekali gus memberi lebih banyak peluang kepada rakyatnya daripada pelbagai latar belakang untuk saling berinteraksi.
APA PENDAPAT BLOK PEMBANGKANG DAN ORANG AWAM?
Menyusuli pengumuman Encik Sunak pada hujung minggu lalu, negara-negara lain seperti Denmark, Perancis, Norway dan Sweden baru-baru ini memperkenalkan semula Perkhidmatan Negara.
Usulan Perdana Menteri Britain itu bagaimanapun menerima kritikan hebat sejauh ini.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.