jelasBERITA: Mengapa Asia begitu bergantung kepada minyak Timur Tengah?
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah peta yang menunjukkan Selat Hormuz. (Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)
SINGAPURA: Asia cukup bergantung kepada minyak dan gas dari Timur Tengah, dan mendapatkan 60 peratus bekalan minyak mentahnya dari rantau itu.
Ini bermakna Asia mudah terjejas apabila perang Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran menyebabkan Selat Hormuz ditutup buat tempoh masa yang berpanjangan.
Timur Tengah merupakan rantau pengeluar dan pengeksport minyak terbesar di dunia, mengeksport sehingga 25 peratus minyak mentah setiap hari, kebanyakannya melalui Selat Hormuz.
Dalam laporan jelasBERITA ini, kami lihat berapa banyak minyak Timur Tengah dieksport ke Asia dan mengapa negara-negara Asia sangat bergantung kepada minyak dari rantau itu?
Menurut anggaran Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), pada 2025, kira-kira 20 juta tong minyak dan produk minyak melalui Selat Hormuz setiap hari.
Ini meliputi nilai perdagangan tenaga berjumlah hampir AS$600 bilion (S$768 bilion) setiap tahun.
Data daripada firma analisis perkapalan Kpler menunjukkan pada tahun 2025, Asia mengimport 14.7 juta tong minyak mentah Timur Tengah setiap hari.
Ia hampir 60 peratus daripada rekod 25 juta tong setiap hari (bpd) dari segi jumlah pembelian untuk rantau ini.
Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Iraq merupakan pembekal utama ke Asia tahun lalu.
China ialah pengimport minyak mentah terbesar di dunia.
Menurut data Kpler, ia memperoleh kira-kira 5.4 juta tong sehari, dari Timur Tengah.
China membeli purata 1.38 juta tong minyak Iran sehari tahun lalu, yang membentuk kira-kira 13 peratus daripada kesemua importnya menerusi jalan laut.
Pembeli utama lain adalah Jepun dan Korea Selatan.
Malah, Jepun dan Korea Selatan paling bergantung pada minyak mentah dari Timur Tengah, iaitu 95 peratus dan 70 peratus daripada import masing-masing.
Singapura, yang merupakan hab minyak Asia, juga semakin bergantung kepada minyak Timur Tengah tahun lalu, naik kepada 70 peratus, berbanding sekitar 50 peratus pada 2024.
Ini selepas syarikat Exxon Mobil selesai meluaskan loji penapisannya yang memerlukan lebih banyak bekalan minyak lebih berat dari Timur Tengah.
Jadi, mengapa Asia sangat bergantung pada minyak Timur Tengah?
Jawapannya: kerana Asia adalah rantau yang paling pesat berkembang di dunia dari segi permintaan minyak.
Kebanyakan kilang penapisan Asia dilengkapi dengan unit penyingkiran sulfur, bagi memproses minyak mentah dengan kandungan sulfur tinggi dari Timur Tengah. Minyak mentah jenis ini biasanya lebih murah daripada minyak mengandungi sulfur gred rendah.
Ini sekali gus membolehkannya menjana keuntungan lebih tinggi.
Minyak mentah Timur Tengah juga mengandungi lebih banyak minyak bahan api, yang boleh diproses menjadi bahan api bermutu tinggi seperti petrol dan diesel.

Sumber : BERITA Mediacorp/AI/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.