jelasBERITA: Kesan Trump 2.0 terhadap SG dan perdagangan global
Anggaran Waktu Membaca:

Dasar perlindungan Presiden Donald Trump menimbulkan ketidakpastian dalam kalangan syarikat perniagaan yang terlibat dalam perdagangan dan rantaian bekalan global. (Illustrasi: CNA/Samuel Woo)
WASHINGTON: Berpegang kepada janji-janji kempen pilihan rayanya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah meluangkan beberapa minggu pertamanya di Rumah Putih untuk menandatangani pelbagai perintah eksekutif, termasuk yang berpotensi mencetuskan perang dagang dan keadaan huru-hura di merata ibu kota dunia.
Dalam bulan pertama beliau kembali ke Rumah Putih pada Januari, Encik Trump mengumumkan tarif 25 peratus ke atas import Kanada dan Mexico serta tarif 10 peratus ke atas barangan China, yang disifatkannya sebagai perlu untuk memaksa negara-negara ini membantu Amerika menangani isu-isu domestik seperti kemasukan pendatang haram dan krisis ketagihan dadah.
Pada Khamis (13 Feb), Encik Trump mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan "tarif tindak balas" yang meluas ke atas kedua-dua sekutu dan seteru negara itu. Para pegawai berkata levi akan dikenakan mengikut negara, tetapi ia boleh bermakna menaikkan kadar import untuk menyamai cukai yang digunakan oleh negara lain ke atas produk keluaran Amerika.
Cik Selena Ling, ketua ekonomi di OCBC, berkata pengumuman baru-baru ini membayangkan peralihan daripada langkah sebelumnya, yang menyasarkan negara atau produk tertentu.
Ini boleh memberi satu lagi tamparan hebat terhadap rangka kerja perdagangan berbilang hala, yang di bawah naungan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang sebelum ini menggesa agar tarif diturunkan secara bermuafakat.
Langkah terbaharu Encik Trump berisiko mengundang tindak balas lanjut oleh negara-negara perdagangan utama, yang berpotensi menjejas rantaian bekalan global, di samping meningkatkan kos perniagaan di mana-mana sahaja dan mewujudkan ketidaktentuan yang akan menggugat pertumbuhan ekonomi global, tambah Cik Ling.
Singapura, sebuah ekonomi terbuka yang kecil di mana perdagangan membentuk sebahagian besar daripada GDPnya, pasti tidak terlepas daripada kesan perkembangan berterusan ini.
Syarikat-syarikat perniagaan yang terlibat dalam perdagangan global tahu bahawa perkembangan terkini ini hanyalah bab terbaharu dalam dasar perlindungan dan pemecahan ekonomi yang tidak berkesudahan sejak Encik Trump menyandang jawatan presiden buat pertama kali dari 2017 hingga 2021.
Encik T K Khor adalah antara mereka yang perniagaannya terjejas secara langsung oleh peralihan pada dasar perdagangan antarabangsa, kerana syarikatnya mendapatkan bahan dari China untuk firma-firma di Amerika.
“Apabila kami mula beroperasi pada 2002, tiada tarif dan kami membayar sekitar 2.9 peratus cukai import. Tetapi apabila Trump mula-mula memegang jawatan presiden (pada 2017), semua orang seperti, 'Apa yang akan berlaku? kata pengarah firma wakil pengilang yang berpangkalan di Singapura, Outsource Asia Industries.
Dari 2018 hingga 2019, tarif ke atas import China melonjak setinggi 30 peratus, satu perkembangan yang membimbangkan Encik Khor sekiranya syarikatnya terpaksa gulung tikar.
“Semua orang bimbang kami mungkin kehilangan pekerjaan dan pelanggan kami mungkin mula mencari sumber alternatif. Tetapi mereka tidak berbuat demikian,” kata Encik Khor.
Syarikatnya kemudian membuat penyesuaian dengan menyerap beberapa kenaikan harga, katanya lagi, sambil menambah bahawa para pelanggannya sejak itu sudah terbiasa dengan harga yang lebih tinggi di bawah "status quo" baharu.
Walaupun penggal pertamanya sebagai presiden sering dikaitkan dengan sekatan perdagangan – Encik Trump berulang kali berkata "tarif" ialah "perkataan paling indah dalam kamus" — penggantinya, Encik Joe Biden, tidak menarik balik tarif era Encik Trump.
Sebaliknya, Encik Biden mengekalkannya sambil memperluaskan sekatan ke atas industri-industri utama seperti semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).
SELAMAT TINGGAL GLOBALISASI?
Tindak balas terhadap globalisasi tidak bermula dengan penguasaan politik Encik Trump dan dasar perdagangannya. Momentum menentang proses yang menggalakkan saling kebergantungan dan integrasi ekonomi dunia telah dibina sejak sedekad yang lalu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tumpuan yang semakin meningkat untuk melindungi industri domestik, bukan sahaja di Amerika Syarikat, telah diperkukuhkan oleh beberapa siri gangguan global, termasuk ketegangan Amerika-China yang semakin meningkat, pandemik COVID-19 dan konflik geopolitik.
Globalisasi berakar umbi dalam sistem perdagangan berbilang hala yang bermula lebih 70 tahun lalu dengan penubuhan Perjanjian Umum Mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) selepas Perang Dunia II.
GATT, yang ditandatangani pada tahun 1947 oleh 23 negara, adalah perjanjian undang-undang yang bertujuan untuk meminimumkan halangan kepada perdagangan antarabangsa.
Pada 1995, WTO telah diwujudkan, memperkenalkan prosedur baharu untuk penyelesaian pertikaian. Sehingga 2024, WTO mempunyai seramai 166 anggota.
Walaupun sudah berdekad-dekad usaha untuk mengukuhkan kerjasama berbilang hala sudah dijalankan, para penganalisis berkata bahawa kebimbangan terhadap globalisasi — seperti yang ditunjukkan oleh dasar perlindungan yang semakin meningkat, sentimen anti-pendatang asing, kebangkitan parti populis dan bantahan terhadap institusi antarabangsa — telah meningkat dan berkemungkinan berterusan pada masa akan datang.

Sumber : CNA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.