jelasBERITA: Butiran perjanjian gencatan senjata di Gaza bermula Ahad ini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/BASHAR TALEB)
DOHA: Pengantara utama Qatar pada Rabu (15 Jan) berkata bahawa 33 tebusan yang ditahan oleh Hamas di Gaza akan dibebaskan dalam peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang bertujuan menamatkan perang di wilayah Palestin.
Israel sebelum ini berkata ia akan membebaskan kira-kira 1,000 tahanan Palestin dalam peringkat pertama perjanjian gencatan senjata Gaza, menurut sumber Israel dan Palestin pada Selasa.
Berikut ini adalah butiran utama mengenai fasa awal perjanjian yang boleh dijangkakan, menurut pegawai dan laporan media Qatar, Amerika Syarikat, Israel dan Palestin.
PERTUKARAN TAHANAN-TEBUSAN
Menurut Qatar, Israel dan Hamas bersetuju bagi satu gencatan senjata di Gaza bermula pada Ahad dan pertukaran tebusan dan tawanan selepas perang selama 15 bulan yang dahsyat di Gaza.
Sebanyak 33 tebusan Israel akan dibebaskan dalam fasa pertama perjanjian 42 hari itu yang boleh menjadi "gencatan senjata kekal", kata Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani.
Mereka yang pertama dibebaskan ialah "wanita dan rekrut wanita, serta kanak-kanak, orang tua serta orang awam yang sakit dan cedera", katanya.
Seorang pegawai Israel yang tidak dikenali berkata "beberapa ratus pengganas" akan dibebaskan sebagai pertukaran untuk tebusan, dengan jumlah akhir bergantung kepada berapa ramai daripada 33 tebusan yang masih hidup.
Dua sumber yang rapat dengan Hamas memberitahu AFP bahawa Israel akan membebaskan kira-kira 1,000 tahanan Palestin, termasuk mereka yang dikenakan "hukuman yang panjang".
PENGUNDURAN TENTERA ISRAEL DARI GAZA
Tentera Israel akan berundur dari Gaza dan kekal berada di sempadannya untuk "membolehkan pertukaran tahanan, serta pertukaran jenazah dan penduduk pulang ke rumah mereka", kata Perdana Menteri Qatar.
Rundingan untuk fasa kedua akan dimulakan pada "hari ke-16" selepas pelaksanaan fasa pertama, kata seorang pegawai Israel.
Fasa ini akan meliputi pembebasan baki tebusan, termasuk "askar lelaki, lelaki, dan mayat tebusan yang terbunuh", lapor Times of Israel.
Media Israel melaporkan bahawa di bawah perjanjian yang dicadangkan, Israel akan mengekalkan zon penampan dalam Gaza semasa fasa pertama.
Tentera Israel dijangka kekal berada sehingga "800 meter dalam kawasan Gaza dari Rafah di selatan hingga Beit Hanun di utara," menurut sumber yang rapat dengan Hamas.
Tentera Israel tidak akan berundur sepenuhnya dari Gaza sehingga "semua tebusan dikembalikan", kata pegawai Israel itu.
Akhbar Haaretz melaporkan bahawa Israel akan membenarkan pergerakan penduduk dari selatan Gaza ke utara.
Sumber yang rapat dengan Hamas berkata, tentera Israel akan berundur dari koridor Netzarim ke arah Salaheddin Road, membolehkan penduduk kembali melalui pusat pemeriksaan elektronik yang dilengkapi dengan kamera.
“Tiada tentera Israel akan berada di situ, dan militan Palestin akan dihalang daripada melalui pusat pemeriksaan semasa penduduk pulang,” katanya.
TAMAT PERANG
Pengantara bersama Qatar, Amerika Syarikat dan Mesir akan memantau perjanjian gencatan senjata itu melalui sebuah badan yang berpangkalan di Kaherah, kata Sheikh Mohammed, sambil menggesa semua pihak di Gaza supaya "bertenang" sebelum perjanjian itu berkuat kuasa.
Terdapat "mekanisme yang jelas untuk merundingkan fasa dua dan tiga", tambah Sheikh Mohammed.
"Kami berharap ini akan menjadi episod terakhir perang di Gaza, dan kami berharap semua pihak komited untuk melaksanakan semua terma perjanjian ini," kata perdana menteri Qatar itu ketika mengumumkan perjanjian itu.
Di bawah aturan yang digariskan oleh Qatar, butiran fasa dua dan tiga akan "dimuktamadkan" semasa pelaksanaan fasa satu.
Presiden Amerika Joe Biden berkata fasa kedua yang belum dimuktamadkan akan membawa kepada "tamatnya perang yang berkekalan".
Encik Biden berkata fasa dua akan merangkumi pertukaran untuk membebaskan tebusan yang masih hidup, termasuk tentera lelaki. Semua tentera Israel yang masih di Gaza kemudian akan berundur dari wilayah itu, kata beliau.

Sumber : AFP/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.