jelasBERITA: Bilakah kita akan tahu siapa pemenang Pilihan Raya Presiden Amerika 2024?
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Rakyat Amerika keluar mengundi pada Selasa (5 Nov) untuk memilih presiden baharu mereka.
Keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika kadangkala diumumkan dalam masa beberapa jam selepas pusat-pusat mengundi ditutup, tetapi persaingan sengit tahun ini mungkin bermakna rakyat Amerika perlu menunggu lebih lama.
Bilakah keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika 2024 boleh dijangkakan?
Undian pertama ditutup pada pukul 6.00 petang waktu tempatan pada petang Selasa (5 Nov) dan yang terakhir pada pukul 1.00 pagi waktu tempatan pada awal hari Rabu (6 Nov).
Dalam beberapa pilihan raya presiden, pemenang telah diisytiharkan pada lewat malam hari mengundi, atau awal pagi keesokan hari.
Kali ini, persaingan sengit di banyak negeri mungkin bermakna pihak media terpaksa menunggu lebih lama sebelum menyiarkan nama pemenang.
Naib Presiden Kamala Harris dan calon Republican Donald Trump, mantan presiden, telah berkempen selama berminggu-minggu.
Kemenangan kecil juga boleh bermakna pengiraan semula undi.
Di Pennsylvania, sebagai contoh, pengiraan semula undi mungkin diperlukan jika terdapat perbezaan separuh peratusan mata antara undian pemenang dan calon yang kalah. Pada 2020, marginnya cuma melebihi 1.1 peratusan mata.
Keputusan pilihan raya boleh dicabar. Lebih 100 tuntutan mahkamah telah difailkan oleh Republican sebelum pilihan raya bermula, termasuk cabaran terhadap kelayakan pengundi dan pengurusan daftar pengundi.
Senario lain yang boleh menyebabkan kelengahan termasuk sebarang gangguan berkaitan pilihan raya, terutamanya di tempat mengundi.
Pengiraan undi telah dipercepatkan di beberapa kawasan, termasuk Michigan, dan hanya segelintir undi dihantar melalui pos berbanding pilihan raya lalu, iaitu semasa pandemil COVID-19.
Bilakah keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika sebelum ini diumumkan?
Semasa Pilihan Raya 2020, rangkaian TV Amerika tidak mengisytiharkan Joe Biden sebagai pemenang sehingga empat hari selepas hari mengundi, apabila keputusan di Pennsylvania menjadi lebih jelas.
Dalam pilihan raya baru-baru ini, para pengundi tidak perlu menunggu lama.
Pada 2016, Encik Trump telah diumumkan sebagai pemenang sejurus sebelum pukul 3.00 pagi waktu tempatan, beberapa jam selepas pusat-pusat mengundi ditutup.
Pada 2012, apabila Barack Obama memperoleh penggal kedua, kemenangannya diramalkan sebelum tengah malam pada petang hari mengundi.
Walau bagaimanapun, Pilihan Raya Presiden Amerika 2000 antara George W Bush dan Al Gore adalah satu pengecualian yang ketara.
Keputusan pilihan raya tidak diumumkan selama lima minggu, sehinggalah Mahkamah Agung Amerika memutuskan untuk menamatkan pengiraan semula undi di Florida. Keputusannya memberikan kemenangan kepada Encik Bush.
Negeri penentu Pilihan Raya Presiden Amerika 2024
Tujuh negeri ini dijangka akan menjadi penentu keputusan Pilihan Raya Presiden 2024, yang para pakar percaya Cik Harris dan Encik Trump kedua-duanya mempunyai peluang yang realistik untuk menang:
Georgia - Pusat-pusat mengundi ditutup pada pukul 7.00 malam waktu tempatan. Pegawai tertinggi pilihan raya Georgia menganggarkan kira-kira 75% undi akan dikira dalam masa dua jam pertama.
Carolina Utara - Pusat-pusat mengundi ditutup 30 minit selepas Georgia. Keputusan Carolina Utara dijangka diumumkan sebelum tengah malam.
Pennsylvania - Pusat-pusat mengundi ditutup pada pukul 8.00 malam waktu tempatan tetapi para pakar bersetuju ia mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam sebelum undi yang mencukupi dikira untuk menentukan pemenang.
Michigan - Pusat-pusat mengundi ditutup pada pukul 9.00 malam waktu tempatan. Keputusan tidak dijangkakan sehingga tengah malam Rabu.
Wisconsin - Keputusan akan diumumkan sejurus selepas pusat-pusat mengundi ditutup pada pukul 9.00 malam waktu tempatan untuk daerah-daerah yang lebih kecil tetapi para pakar meramalkan negeri itu tidak akan mengumumkan keputusan sehingga sekurang-kurangnya hari Rabu.
Arizona - Keputusan awal boleh diumumkan seawal pukul 10.00 malam waktu tempatan tetapi daerah-daerah besar di negeri itu tidak menjangkakan keputusan akan diumumkan sehingga awal pagi Rabu. Undian melalui pos yang dikira pada hari mengundi boleh mengambil masa sehingga 13 hari untuk dikira.
Nevada - Pusat-pusat kiraan undi di sini juga mungkin mengambil masa selama beberapa hari. Negeri itu membenarkan undian melalui pos selagi ia dihantar pada hari mengundi dan tiba selewat-lewatnya 9 November.
Bagaimanakah kiraan undi dijalankan?
Lazimnya, undi pada hari mengundi akan dikira dahulu, diikuti dengan undi awal dan undi melalui pos, undi yang telah dicabar, dan kemudian undi luar negara dan undi dari kakitangan tentera.
Pegawai pilihan raya tempatan - kadangkala dilantik, kadangkala dipilih - akan mengesahkan, memproses dan mengira undi melalui proses yang dikenali sebagai 'canvassing'.
Mengesahkan undi termasuk membandingkan bilangan undi dengan jumlah pengundi aktif; mengeluarkan, membuka lipatan dan memeriksa setiap kertas undi jika ia koyak, mengesan kerosakan lain; dan mendokumentasikan dan menyiasat sebarang keganjilan.
Kiraan undi melibatkan proses memasukkan setiap satu ke dalam pengimbas elektronik untuk menentukan keputusan muktamad. Bagi sesetengah keadaan, ia mungkin memerlukan pengiraan manual atau penjumlahan yang disemak sebanyak dua kali.
Setiap negeri dan kawasan mempunyai peraturan yang ketat tentang siapa yang boleh mengambil bahagian dalam proses kiraan undi, dengan susunan undian diproses dan bahagian mana yang terbuka kepada orang ramai, termasuk cara pemerhati memantau dan campur tangan dalam pengiraan undi.
Apa akan berlaku jika keputusan Pilihan Raya Presiden dicabar?
Sebaik sahaja setiap undi sah dimasukkan ke dalam keputusan muktamad, proses yang dikenali sebagai 'electoral college' akan bermula.
Di setiap negeri, jumlah undi badan perwakilan memainkan peranan yang besar - dan bukan setakat sokongan pengundi - yang akhirnya akan menentukan pemenang.
Secara amnya, negeri-negeri akan memberikan semua undi badan perwakilan kepada sesiapa yang memenangi undi popular dan ini disahkan selepas mengadakan mesyuarat pada 17 Disember.
Kongres Amerika yang baharu kemudian akan bermesyuarat pada 6 Januari untuk mengira undi badan perwakilan dan mengesahkan presiden baharu.
Selepas Pilihan Raya Presiden Amerika 2020, Encik Trump enggan mengaku kalah dan sebaliknya menyarankan agar para penyokongnya berarak ke Bangunan Capitol sedang Kongres bermesyuarat untuk mengesahkan kemenangan Encik Biden.
Encik Trump menggesa Naib Presidennya, Mike Pence, untuk menolak keputusan itu - tetapi Encik Pence tidak mahu berbuat demikian.
Walaupun selepas rusuhan dileraikan dan ahli Kongres berhimpun semula, 147 anggota Republican tidak berjaya membatalkan kekalahan Encik Trump.
Sejak itu, proses pilihan raya telah dirombak bagi menyukarkan penggubal undang-undang untuk membantah keputusan sahih yang dihantar kepada mereka dari setiap negeri. Mereka juga telah menjelaskan bahawa naib presiden tidak mempunyai kuasa untuk menolak undi secara sepihak sahaja.
Sungguhpun demikian, para pemerhati pilihan raya menjangkakan usaha untuk menangguhkan pengesahan keputusan pilihan raya boleh dilakukan di peringkat tempatan dan negeri.
Encik Trump, calon timbalannya JD Vance dan pemimpin tertinggi Republican di Capitol Hill sudah beberapa kali menolak untuk menyatakan dengan sebulat suara bahawa mereka akan menerima keputusan pilihan raya jika Encik Trump kalah.
Apa akan berlaku jika keputusan seri?
Ada kemungkinan kedua-dua calon itu boleh seri jika mereka mempunyai jumlah undi badan perwakilan yang sama – 269 setiap seorang.
Dalam keadaan sebegitu, para anggota Dewan Perwakilan- dewan rendah Kongres Amerika - akan mengundi untuk memilih presiden dalam proses yang dikenali sebagai 'contingent election'.
Sementara itu Senat - dewan tinggi - akan mengundi naib presiden.
Tetapi itu tidak berlaku selama kira-kira 200 tahun.
Bilakah Upacara Angkat Sumpah Presiden?
Presiden yang dipilih akan memulakan penggalnya selepas dirasmikan pada Isnin, 20 Januari 2025, di pekarangan Bangunan Capitol.
Ia akan menjadi pelantikan presiden ke-60 dalam sejarah Amerika Syarikat.
Upacara itu akan menyaksikan presiden baharu mengangkat sumpah untuk mempertahankan dan menegakkan Perlembagaan dan kemudian menyampaikan ucapan rasminya.

Sumber : Agensi berita/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.