jelasBERITA: Bagaimana Trump 'selamatkan' TikTok dan apa lagi bakal berlaku?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: JIM WATSON, Lionel BONAVENTURE / AFP)
SINGAPURA: Perkhidmatan TikTok kembali beroperasi di Amerika Syarikat pada Ahad (19 Jan) setelah aplikasi itu ditutup akibat larangan persekutuan - menyekat akses bagi jutaan pengguna Amerika.
Penutupan sementara itu, yang bermula pada Sabtu malam, berlaku setelah Mahkamah Agung Amerika kekalkan undang-undang untuk melarang TikTok demi keselamatan negara jika syarikat induk China ByteDance tidak menjualnya.
Bagaimanapun, aplikasi itu kemudian didapati kembali online bagi para penggunanya di Amerika menjelang petang Ahad.
Semuanya adalah hasil usaha bakal Presiden Donald Trump, menurut platform media sosial itu, memuji presiden yang akan dilantik itu sebagai talian hayat.
Encik Trump, yang sebelum ini menyokong larangan TikTok semasa penggal pertamanya, berjanji akan mengeluarkan perintah eksekutif sebaik sahaja dia memegang jawatan Presiden, menangguhkan larangan itu untuk memberi masa bagi "membuat perjanjian".
Aplikasi itu kelihatan seperti biasa buat masa ini, tetapi ia tidak dijamin akan terus kekal.
Apa selanjutnya untuk TikTok?
APA YANG DILAKUKAN TRUMP?
Aplikasi itu ditutup pada Sabtu, memaklumkan pengguna Amerika bahawa ia tidak akan disediakan buat sementara waktu.
"Undang-undang yang mengharamkan TikTok digubal di Amerika. Malangnya, itu bermakna anda tidak boleh menggunakan TikTok buat masa ini. Kami bernasib baik kerana Presiden Trump telah menyatakan bahawa beliau akan bekerjasama dengan kami bagi mencari penyelesaian untuk mengembalikan semula TikTok sebaik sahaja beliau memegang jawatan Presiden. Sila nantikan bagi kemas kini," menurut satu notis kepada pengguna.
Apple dan Google turut memadam aplikasi tersebut daripada gedung digital mereka, dengan syarikat boleh didenda sehingga AS$5,000 (S$6,800) bagi setiap pengguna jika aplikasi itu diakses. Oracle, yang menjadi hos bagi pelayan TikTok, juga diwajibkan secara sah untuk menguatkuasakan larangan tersebut.
Di tengah-tengah kekecewaan itu, Encik Trump hadir untuk menyelamatkannya dengan berjanji untuk mengeluarkan perintah eksekutif menangguhkan larangan itu dengan memberikan lanjutan 90 hari.
Undang-undang membenarkan penangguhan larangan jika Rumah Putih boleh menunjukkan kemajuan ke arah perjanjian yang berdaya maju.
"Saya akan mengeluarkan perintah eksekutif pada Isnin untuk melanjutkan tempoh masa sebelum larangan undang-undang berkuat kuasa, supaya kita boleh membuat perjanjian untuk melindungi keselamatan negara kita," kata Encik Trump di platform Truth Socialnya.
"TikTok berterima kasih kepada Trump kerana "memberi kejelasan dan jaminan yang diperlukan kepada penyedia perkhidmatan kami bahawa mereka tidak akan menghadapi sebarang denda yang menyediakan TikTok kepada lebih 170 juta rakyat Amerika".
"Hasil usaha Presiden Trump, TikTok kembali ke Amerika!" menurut mesej pada platform itu.
Pada perhimpunan semasa petang Ahad, Encik Trump mempamerkan semangatnya untuk menyelamatkan aplikasi itu.
"Sejujurnya, kami tidak ada pilihan, kami harus menyelamatkannya," kata Encik Trump kepada orang ramai, sambil menjelaskan bahawa "banyak pekerjaan" yang terlibat.
"Kami tidak mahu memberikan perniagaan kami kepada China, kami tidak mahu memberikan perniagaan kami kepada orang lain," kata Encik Trump kepada penyokongnya.
ADAKAH TIKTOK BENAR-BENAR SELAMAT SEKARANG?
Tidak jelas apa yang Encik Trump boleh lakukan untuk menarik balik larangan itu melainkan ByteDance akhirnya bersetuju untuk menjualnya.
Mike Gallagher, anggota Republican dari Wisconsin dan penggubal Rang Undang-Undang di sebalik larangan itu, berkata pada Ahad bahawa "tidak akan ada lanjutan" untuk TikTok.
"Biar saya beritahu anda, sebagai orang yang menggubal Rang Undang-Undang, lanjutan itu adalah dalam tempoh 270 hari, yang ditutup pada 12.01 pagi ini," katanya pada Ahad, sambil menambah bahawa hanya jika presiden memperakui terdapat "dokumen yang mengikat secara sah" yang menunjukkan pelupusan sedang dijalankan, barulah akan ada pelanjutan.
Pengarah Institut Dasar Teknologi Universiti Cornell, Sarah Kreps, berkata tiada bukti ByteDance membuat apa-apa kemajuan yang bermakna ke arah pelupusan, "jadi saya tidak nampak bagaimana, dalam apa jua ukuran, ia akan memenuhi syarat tersebut secara sah".
Pentadbiran Encik Biden menyatakan ia akan menyerahkan penguatkuasaan undang-undang kepada Encik Trump.
Meskipun Encik Trump dipuji sebagai penyelamat aplikasi itu, tidak semua orang dalam partinya bersetuju dengan usaha untuk mengatasi undang-undang dan "Selamatkan TikTok".
Senator Republican Tom Cotton dan Pete Ricketts berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa tidak ada asas undang-undang untuk apa-apa jenis lanjutan kerana undang-undang itu telah berkuat kuasa.
"Untuk TikTok kembali online pada masa akan datang, ByteDance mesti bersetuju dengan penjualan yang memenuhi syarat pelupusan undang-undang dengan memutuskan semua hubungan antara TikTok dan Komunis China," tambah mereka.
Encik Cotton malah memberi amaran kepada syarikat untuk tidak menyediakan TikTok dengan sokongan teknikal.
"Mana-mana syarikat yang menjadi tuan rumah, mengedar, memberi perkhidmatan, atau sebaliknya memudahkan TikTok yang dikawal oleh komunis boleh berdepan liabiliti ratusan bilion dolar di bawah undang-undang," tulis Encik Cotton di X. "Fikirkanlah."
Sementara itu, TikTok kekal optimis dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Chew Shou Zi mengucapkan terima kasih kepada Encik Trump atas "komitmennya untuk bekerjasama dengan kami untuk mencari penyelesaian yang memastikan TikTok tersedia di Amerika Syarikat", sambil menambah bahawa TikTok "bersyukur dan gembira mendapat sokongan seorang presiden yang benar-benar memahami platform kami".
Encik Chew juga dijangka menghadiri upacara angkat sumpah Trump dengan lokasi tempat duduk utama.
APA MANFAAT YANG DIRAIH TRUMP?
Langkah Encik Trump menyelamatkan TikTok menunjukkan perubahan dalam pendiriannya daripada penggal pertama beliau memegang jawatan.
Pada tahun 2020, beliau menyasarkan untuk mengharamkan aplikasi itu atas kebimbangan syarikat itu berkongsi maklumat peribadi rakyat Amerika dengan pemerintah China.
Namun, Encik Trump kini menjadi peminat aplikasi itu.
Encik Trump malah memuji TikTok kerana menghubungkannya dengan pengundi muda. Dia menyertai platform itu pada Jun 2024 dan sejak itu telah mengumpulkan hampir 15 juta pengikut.
Buat masa ini, Encik Trump boleh mengambil kredit untuk mengembalikan semula aplikasi yang sangat popular dengan rakyat Amerika yang lebih muda.
Jika larangan itu akhirnya dikuatkuasakan, Encik Trump akan berkata ia berlaku di bawah pantauan Presiden Joe Biden yang bakal melepaskan jawatan, kata Bill Bishop, seorang pakar China.
"Dan jika ia kembali maka Trump adalah penyelamat. Dan dia akan diberi ganjaran oleh kedua-dua pengguna" serta syarikat itu, yang katanya kini "tergantung kepada Trump" dan akan mempunyai insentif untuk memastikan kandungan di platform berpihak kepadanya, tambah Encik Bishop.
"Ia adalah aksi pemasaran yang cemerlang untuk TikTok dan bakal presiden Donald Trump," kata Jasmine Enberg, seorang penganalisis dengan firma penyelidikan pasaran Emarketer. "Dengan menutup perkhidmatan secara tiba-tiba, TikTok membuktikan betapa tidak popularnya larangan itu dalam kalangan penggunanya."
TikTok mungkin masih akan dijual dengan sebilangan mereka yang berminat dengan syarikat itu.
Bekas pemilik Los Angeles Dodgers, Frank McCourt menyuarakan minatnya terhadap perniagaan yang dianggarkan oleh penganalisis boleh mencecah nilai sehingga AS$50 bilion (S$67.6 bilion).
Laporan media menyatakan Beijing juga mengadakan perbincangan tentang menjual operasi TikTok Amerika kepada hartawan dan sekutu Trump Elon Musk, walaupun syarikat itu menafikannya.
Syarikat pemula enjin carian Amerika Perplexity AI menyerahkan tawaran kepada ByteDance untuk Perplexity pada Sabtu bergabung dengan TikTok Amerika, menurut sumber.
Perplexity akan bergabung dengan TikTok Amerika dan mewujudkan entiti baharu dengan menyatukan syarikat yang digabungkan dengan rakan kongsi lain, tambahnya.
Sekitar 60 peratus ByteDance dimiliki oleh pelabur institusi seperti BlackRock dan General Atlantic, manakala pengasas dan pekerjanya memiliki 20 peratus setiap seorang. Ia mempunyai lebih daripada 7,000 pekerja di Amerika.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.