jelasBERITA: Bagaimana respons Israel terhadap serangan peluru berpandu Iran?
Anggaran Waktu Membaca:
ISRAEL: Ketegangan di Timur Tengah sekali lagi memuncak di tengah-tengah ancaman tindak balas antara Israel dengan Iran. Ini setelah Tehran melancarkan serangan ratusan peluru berpandu balistik ke Tel Aviv pada lewat Selasa (1 Okt).
Israel berikrar Iran akan menanggung akibat atas "kesalahan besar" yang dilakukannya, dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberi amaran: "Sesiapa yang menyerang kami, kami akan menyerang mereka."
Tehran kemudian mengancam Israel, dengan menyatakan ia akan berdepan akibat memeritkan jika negara itu bertindak balas. Pengawal Revolusi berjanji untuk melancarkan "serangan-serangan dahsyat".
Para penganalisis berkata ini adalah titik paling "berisiko dan tidak menentu" dalam konflik tersebut setakat ini, dengan Israel dan Iran di ambang detik berbalas serangan tentera, sedang rantau itu berdepan kemungkinan tinggi bagi perang lebih meluas.
Para pemimpin dunia menggesa agar kedua-dua pihak menahan diri dan mengutamakan perlindungan orang awam.

BAGAIMANA RESPONS ISRAEL NANTI?
Menurut para pemerhati, mereka hampir pasti Israel akan membalas serangan, tetapi sejauh mana teruk serangan itu hanya akan dapat dipastikan jika konflik tersebut memuncak.
"Besar kemungkin Israel tidak akan membalas serangan peluru berpandu Iran itu," kata Jessica Genauer, seorang pensyarah kanan perhubungan antarabangsa di Universiti Flinders.
"Meskipun itu bukanlah keadaan yang ingin dilihat Israel atau Iran...mahupun pihak antarabangsa lain, sangat sukar untuk melihat bagaimana sama ada Iran atau Israel akan mengurangkan keadaan tegang mulai dari sekarang."

Ryan Bohl, seorang penganalisis kanan Timur Tengah di rangkaian RANE, berkata Israel berkemungkinan menimbangkan tindakan balas dendam yang lebih dahsyat berbanding apa yang dilakukannya pada April, apabila ia menyerang pangkalan udara Iran dengan peluru berpandu sebagai respons terhadap satu serangan serupa.
Kali ini, Israel mungkin menyasarkan program nuklear Iran, kemudahan-kemudahan tenaga, atau keupayaan pembangunan peluru berpandu dan dron, kata beliau.

Sekalipun demikian, beliau menambah jika Israel menunjukkan tanda menahan diri daripada membalas, ketegangan mungkin sedikit sebanyak boleh reda.
"Jika serangan-serangan dianggap tidak begitu besar bagi Iran, Tehran mungkin menyifatkan serangan balas Israel sebagai satu kegagalan, dan berhenti melancarkan serangan lain buat sementara waktu," Encik Bohl memberitahu Mediacorp.
"Namun jika serangan-serangan itu dilihat sebagai dahsyat, jika ia menganggu eksport minyak atau menyebabkan penghinaan kepada negara bagi Iran, memusnahkan tapak sensitif nuklear, maka Iran mungkin mempertimbangkan serangan seterusnya ke atas Israel."
ADAKAH IRAN AKAN MEMPERHEBAT TINDAK BALAS?
Iran berada dalam "kedudukan amat sukar", iaitu berbelah bahagi antara tidak mahu konflik dengan Israel memuncak dengan menunjukkan sokongan kepada proksinya, menurut Cik Genauer.
Selain itu, Tehran mungkin terkejut dengan skala rangkaian perisikan Israel yang menceroboh Hezbollah, dan hakikat bahawa Israel boleh menghapuskan para pemimpin kanan kumpulan Lubnan yang disokong Iran itu, tambah beliau.
"Iran sangat gelisah sekarang ini...dan memikirkan jenis maklumat risikan yang Israel ada ke atas kepimpinan Iran dan tenteranya," Cik Genauer memberitahu program Asia First CNA.
Pada Selasa, Iran melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik, dengan menyatakan serangan itu sebagai respons terhadap pembunuhan para pemimpin yang disokong Iran.
Namun para penganalisis berkata "ia bukan kebetulan" serangan itu dilancarkan sejurus selepas tentera Israel melancarkan operasi darat menyasarkan Hezbollah di selatan Lubnan pada Isnin (30 Sep).
"(Serangan peluru berpandu Iran) adalah amaran kepada Israel bahawa Iran bersedia campur tangan dalam kempen tentera Israel terhadap Hezbollah," kata Encik Bohl.
Menurut Israel kebanyakan peluru berpandu dapat dipintas oleh pertahanan udaranya atau sekutunya. Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.
MENGAPA ISRAEL ADA DI LUBNAN?
Para penganalisis berkata Israel sedang bertindak pantas untuk melemahkan Hezbollah, selepas membunuh ketua kumpulan itu Hassan Nasrallah dalam serangan udara di Beirut pada Jumaat lalu (25 Sep).

Gerald Feierstein, seorang zamil kanan di badan pemikir berpangkalan di Washington - iaitu Institut Timur Tengah - berkata Israel mungkin mencuba untuk mengusir Hezbollah keluar dari selatan Lubnan ke kawasan jauh dari Sungai Litani, yang terletak kira-kira 30 kilometer di utara sempadan Israel-Lubnan.
"Jika Hezbollah tidak dapat beroperasi di selatan Litani, ia tiada keupayan untuk secara langsung menyerang sasaran Israel," katanya.
Hezbollah melancarkan serangan roket hampir setiap hari ke utara Israel sejak 8 Oktober tahun lalu sebagai tanda perpaduan dengan Hamas, sehari selepas pencerobohan Israel ke atas Gaza yang mencetuskan perang sekarang.
Encik Feierstein menambah: "Kelihatan seperti Israel sedang cuba untuk melaksanakan ketetapan Majlis Keselamatan PBB 1701 di sana oleh operasi tenteranya."
Beliau merujuk kepada ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menamatkan perang panjang antara Israel dengan Hezbollah pada 2006, yang menyaksikan pengunduran Israel dari selatan Lubnan dan pengerahan tentera Lubnan serta pasukan pengaman PBB ke selatan Sungai Litani.
Pemerintah Lubnan sejak akhir-akhir ini menyatakan pihaknya bersedia untuk melaksanakan sepenuhnya ketetapan 2006 dan mengerahkan tentera ke selatan sungai tersebut untuk menghentikan perang dengan Israel.
ADAKAH KONFLIK ITU AKAN MEMUNCAK?
"Sama ada keadaan makin meruncing di rantau itu akan bergantung kepada sejauh mana operasi Israel di Lubnan. Operasi yang berlarutan akan meningkatkan kemungkinannya," kata Cik Genauer.
Beliau merujuk kepada perang di Gaza, yang pada mulanya dijangka agak singkat tetapi bakal masuk setahun menjelang minggu depan. Sejak itu, konflik tersebut semakin meluas ke Lubnan di tengah-tengah ancaman daripada Iran.
Beliau menambah, meskipun Hezbollah sedang dalam kekacauan, ia masih ada ratusan ribu anggota, dan Israel tiada keupayaan tentera untuk berdepan dua perang.
Cik Genauer memberi amaran sekiranya Israel dan Iran berkonflik, keadaan mungkin semakin tidak stabil dan "dengan akibat yang enggan dipertimbangkan oleh sesiapa", memandangkan Amerika Syarikat boleh terlibat dalam konflik tersebut.
BOLEHKAH AMERIKA HENTIKAN KOFLIK MEMUNCAK INI?
Encik Feierstein berkata mungkin ada rundingan di sebalik tabir secara tidak langsung antara Washington dengan Tehran - kedua-duanya tiada hubungan diplomatik rasmi sejak 1980 - untuk membendung keadaan, kerana kedua-dua enggan konflik itu meluas.
Sungguhpun demikian, Amerika Syarikat "tidak begitu menunjukkan hasrat untuk menggunakan kuasanya" untuk menyekat Israel, kata Encik Bohl.
"Israel sudah menilai - dengan agak betul, sekurang-kurangnya buat seketika - bahawa ia mampu menjalankan misi agresif terhadap musuh-musuh mereka tanpa mencetuskan perang merata rantau, dan tanpa menimbulkan krisis diplomatik dengan Amerika Syarikat," beliau memberitahu Mediacorp.
Para penganalisis berulang kali menekankan gencatan senjata Gaza masih menjadi kunci sukar diperolehi untuk menamatkan konflik.
"Pada dasarnya, ia masih tentang Gaza," kata Encik Bohl.
"Tanpa huraian di Gaza, semua konflik sampingan dan tambahan ini akan terus membara."
Sedang Amerika Syarikat kekal sebagai sekutu, Washington mungkin terpaksa mengambil tindakan lebih tegas untuk mengawal Israel jika konflik meluas sehingga mencetuskan gangguan geopolitik dan menjejas harga minyak, lebih-lebih lagi sedang pilihan raya Amerika semakin hampir, ujar Encik Bohl.
"Jika Israel dilihat sebagai rakan bukan membina, pada akhirnya, Washington - sama ada di bawah pimpinan Biden, Harris atau Trump - akan memutuskan bahawa beberapa langkah mesti diambil untuk membendung tindakan Israel," tambah beliau.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.