jelasBERITA: Bagaimana dron Shahed Iran bentuk perang di Timur Tengah?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dron Shahed milik Iran kini memainkan peranan besar dalam peperangannya menentang Amerika Syarikat dan Israel.
Tehran sudah melancarkan beratus-ratus peluru berpandu dan dron ke seluruh Timur Tengah menyusuli serangan Amerika Syarikat dan Israel pada Sabtu (28 Feb), yang menunjukkan betapa pentingnya sistem ini dalam strategi ketenteraan mereka.
Beberapa dron ini terbang sejauh pangkalan Tentera Udara Diraja Britain di Akrotiri, Cyprus, dan berjaya menyerang landasan kapal terbang. Ini satu tanda kemampuan jarak jauhnya.
Selepas digunakan secara meluas oleh Rusia dalam perang di Ukraine, dron Shahed kini kembali menjadi tumpuan di tengah-tengah ketegangan yang memuncak di Timur Tengah.
Dalam satu perubahan ketara, Amerika Syarikat juga sudah mula menggunakan dron serangan sehala kos rendah yang diilhamkan daripada reka bentuk Iran.
APA ITU DRON SHAHED IRAN?
Shahed (bermaksud 'saksi' dalam bahasa Parsi) adalah kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) serangan sehala kos rendah yang dibangunkan oleh Iran.
Ia sering digelar dron 'kamikaze' atau 'bunuh diri' kerana ia berfungsi seperti peluru berpandu yang terbang ke arah sasaran tetap dan meletup apabila melanggar sasaran.
Kelebihan utamanya adalah jumlahnya yang banyak. Dihasilkan dalam skala besar, sekumpulan besar dron Shahed boleh melumpuhkan pertahanan udara dengan menyerang dari pelbagai arah secara serentak.
Walaupun peluru berpandu balistik dan krus terbang lebih laju, kosnya mencecah jutaan dolar setiap satu dan jumlahnya terhad.
Sebaliknya, sebuah dron Shahed dianggarkan berharga antara AS$20,000 (S$25,500) hingga AS$50,000 (S$63,700), jauh lebih murah daripada peluru berpandu balistik.
Dron ini mempunyai jarak penerbangan sekurang-kurangnya 2,000km dan boleh terbang pada kelajuan sekitar 180km sejam.
Penduduk Ukraine menggelarnya sebagai "moped" disebabkan bunyi enjinnya yang bising seperti motosikal.
MENGAPA AMERIKA GUNA DRON SERUPA?
Buat pertama kali dalam pertempuran, tentera Amerika Syarikat menyatakan ia menggunakan drone serangan sehala kos rendah terhadap sasaran Iran.
Markas Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menyatakan dron tersebut, yang direka untuk digunakan sekali sahaja dan lebih murah daripada peluru berpandu tradisional, dibina berdasarkan pengajaran daripada teknologi Iran sendiri.
"Dron kos rendah ini, yang diilhamkan daripada dron Shahed Iran, kini membawa pembalasan buatan Amerika," kata CENTCOM dalam kenyataannya di X.
Pentagon menyatakan dron ini murah dan bertujuan untuk dihasilkan oleh beberapa pengeluar.
Gambar-gambar yang dikeluarkan oleh Pentagon menunjukkan dron tersebut menyerupai LUCAS (Sistem Serangan Tempur Tanpa Pemandu Kos Rendah) yang dikeluarkan oleh Spektreworks di Arizona.
Peralihan ini mencerminkan penekanan kepada kecekapan kos.
"Secara ringkas, Amerika Syarikat tidak mempunyai sumber yang tidak terhad. Adalah jauh lebih jimat untuk menggunakan dron LUCAS pada harga AS$35,000 (S$44,600) setiap satu, berbanding peluru berpandu krus Tomahawk yang berharga kira-kira AS$2.5 juta (S$3.19 juta) setiap satu bagi versi terkini," kata Steve Feldstein, penyelidik kanan di Endowmen Carnegie untuk Keamanan Antarabangsa.
SEJAUH MANA DRON SHAHED PENTING DALAM PERANG?
Penganalisis berkata reka bentuk dron Iran membuktikan keberkesanannya di Ukraine.
Selepas mencapai perjanjian dengan Tehran untuk mengimport dron Shahed pada awal perang Rusia-Ukraine, Rusia kemudian memulakan pengeluaran tempatan dengan melabur AS$2 bilion (S$2.55 bilion) untuk membina kilang khas.
Jurutera Rusia meningkatkan ketinggian penerbangannya, menjadikannya lebih tahan gangguan, dan memasang peledak yang lebih kuat.
"Tidak menghairankan jika Amerika Syarikat turut meniru reka bentuk ini," kata Encik Feldstein.
Dengan menggunakan jumlah yang besar dalam satu serangan, Mosko cuba melumpuhkan pertahanan udara Ukraine.
Rusia membedil Ukraine dengan ratusan dron dalam satu malam, jumlah yang lebih banyak daripada penggunaan sepanjang beberapa bulan pada 2024.
Perang di Ukraine mendorong Amerika Syarikat dan negara lain ke arah strategi baharu yang dikenali sebagai "massa mampu milik", iaitu mengutamakan sistem murah dalam jumlah yang besar.
Jika konflik di Timur Tengah berlarutan, kekangan sumber akan menjadi faktor besar kerana simpanan peluru berpandu pertahanan udara yang mahal adalah terhad dan sukar diganti dengan cepat.
ADAKAH PERTAHANAN AMERIKA, TIMUR TENGAH MAMPU TANGANI DRON SHAHED?
Dron Shahed agak perlahan dan bising berbanding peluru berpandu balistik, menjadikannya lebih mudah dikesan.
Sistem pertahanan udara seperti Patriot buatan Amerika Syarikat, Kubah Besi (Iron Dome) Israel, dan pelbagai alat pemintas jarak pendek mampu menembak jatuh dron ini.
Pesawat pejuang juga boleh digunakan untuk memintasnya.
"Kaedah ini berkesan, tetapi menyasarkan dron dengan cara ini memerlukan sumber yang banyak dan mahal, serta akan menghabiskan bekalan peluru pemintas dengan cepat," kata Dara Massicot, penyelidik di Endowmen Carnegie.
Jadi, cabarannya bukan pada kemampuan, tetapi pada ekonomi dan skala. Iran biasanya melancarkan dron dalam beberapa gelombang, selalunya bersama peluru berpandu balistik atau krus.
Ini memaksa pihak lawan membahagikan perhatian dan sumber pertahanannya.
Peluru berpandu balistik mesti diberi keutamaan kerana ia lebih laju dan membawa lebih banyak kemusnahan, menyebabkan dron yang murah bersaing untuk mendapatkan sumber pertahanan yang mahal.
Terdapat juga persoalan mengenai liputan pertahanan. Walaupun kemudahan tentera yang penting biasanya dilindungi, prasarana kritikal lain mungkin kekurangan pertahanan yang mencukupi.
Tentera Amerika Syarikat dan sekutunya masih memerlukan pertahanan tambahan kos rendah di kemudahan utama untuk melengkapkan sistem pertahanan berlapis, terutamanya bagi konflik berintensiti tinggi yang berpanjangan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.