jelasBERITA: Apakah yang diketahui sejauh ini tentang siasatan terhadap Presiden Korea Selatan?
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Ahn Young-joon/AP
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol, beberapa Menteri Kabinet, komander tentera dan pegawai polis sedang berdepan dengan siasatan jenayah berhubung percubaan Presiden Yoon untuk menguatkuasakan undang-undang tentera pada minggu lalu.
Pendakwa raya, polis dan Pejabat Siasatan Rasuah telah melancarkan siasatan ke atas Presiden Yoon dan sejumlah pegawai kanan atas tuduhan pemberontakan dan penyalahgunaan kuasa.
Inilah yang kami ketahui tentang siasatan yang dijalankan setakat ini:
SIAPA YANG SEDANG DISIASAT?
Selain Presiden Yoon, mantan Menteri Pertahanan Kim Yong-hyun, mantan Menteri Dalam Negeri Lee Sang-min dan panglima tentera Park An-su, yang dikenal pasti sebagai komander undang-undang tentera, juga sedang disiasat.
Individu lain yang juga terlibat dalam kes itu termasuk para ketua Markas Pertahanan Seoul, Markas Peperangan Khas dan Markas Perisikan Pertahanan, serta beberapa jeneral tentera dan pegawai kanan polis, termasuk ketua polis negara dan ketua polis Seoul, yang turut terlibat dalam perisytiharan undang-undang tentera itu.
Parti pembangkang utama, Parti Demokratik menyatakan pada Isnin (9 Dis) bahawa ia juga telah memfailkan aduan terhadap Perdana Menteri Han Duck-soo kerana gagal menghalang percubaan Presiden Yoon untuk menguatkuasakan undang-undang tentera.
Presiden Yoon, Kim, Lee, ketua polis negara dan ketua polis Seoul serta 10 komander tentera telah dilarang daripada meninggalkan negara itu.
Pendakwa raya memanggil Encik Kim untuk disoal siasat buat kali ketiga pada Isnin lalu sejak memberkasnya sehari sebelum itu, dan melakukan serbuan ke atas ibu pejabat dan pejabat Markas Perisikan Pertahanan di seluruh negara, menurut agensi berita Yonhap.
Polis juga menyerbu Kementerian Pertahanan dan Markas Pertahanan Seoul pada Khamis, dalam usahanya untuk merampas telefon bimbit Encik Kim dan bahan-bahan yang terkait dengan perintah undang-undang tentera, lapor Yonhap.
SIAPA YANG TERAJUI SIASATAN?
Pejabat Pendakwa Raya telah menubuhkan sebuah biro siasatan khas untuk meneliti kes itu buat kali pertama sejak ia menyiasat skandal rasuah Presiden Park Geun-hye pada 2016, yang telah didakwa dan akhirnya dipecat.
Ia terdiri daripada kira-kira 50 pendakwa dan penyiasat, dan berpuluh-puluh pendakwa tentera juga telah dikerahkan untuk menyertai biro tersebut, menurut Yonhap.
Ketua penyiasat untuk agensi polis negara juga telah mengesahkan bahawa siasatan sudahpun dimulakan selepas perbicaraan pada Khamis, dan menurut laporan Yonhap, pasukan itu terdiri daripada kira-kira 150 pegawai dan penyiasat.
Pejabat Siasatan Rasuah Terhadap Pegawai Berpangkat Tinggi (CIO) menyatakan bahawa ia telah menjalankan siasatan secara berasingan selepas menerima aduan mengenai ketua polis negara Cho Ji-ho dan pegawai kanan polis yang lain.
Di tengah-tengah kebimbangan yang semakin tanda-tanda persaingan antara agensi penyiasat dan seruan untuk melancarkan usaha bersepadu bagi mencegah pertindihan dan meningkatkan keberkesanan siasatan yang dijalankan, sebuah pasukan penyiasat bersama telah dilancarkan pada Rabu antara polis, CIO dan Kementerian Pertahanan.
Ketua CIO Oh Dong-woon berkata pada Rabu bahawa perbincangan dengan pihak pendakwa sedang dijalankan tentang cara untuk mengintegrasikan kerja mereka.
Parlimen meluluskan rang undang-undang untuk melantik peguam khas bagi menerajui siasatan kolektif dengan sokongan daripada agensi-agensi lain.
APAKAH DAKWAAN-DAKWAAN YANG BAKAL DIUSULKAN?
Para pegawai itu berpotensi didakwa dengan tuduhan melakukan pemberontakan, penyalahgunaan kuasa dan menghalang orang lain daripada melaksanakan tugas mereka.
Jika sabit kesalahan, jenayah mengetuai pemberontakan boleh dikenakan hukum mati atau penjara seumur hidup. Bagi mereka yang mengambil bahagian dalam komplot untuk melakukan pemberontakan atau terlibat dalam aktiviti sedemikian juga boleh dikenakan hukuman mati, penjara seumur hidup atau hukuman penjara tanpa buruh kasar selama sekurang-kurangnya lima tahun. Individu yang hanya menyertai pakatan atau keganasan menghadapi hukuman penjara, dan/atau hukuman penjara dengan buruh kasar, bagi tempoh kurang lima tahun.
Penyalahgunaan kuasa membawa hukuman penjara kurang daripada lima tahun atau denda sehingga 10 juta won (S$9,437), manakala menghalang tugas orang lain boleh dihukum penjara kurang daripada lima tahun atau denda sehingga 7 juta won (S$6,576).
Kali terakhir Korea Selatan menjatuhkan hukuman mati pada 2016, tetapi tidak melaksanakan hukuman tersebut ke atas sesiapa sejak 1997.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.