jelasBERITA: Apa yang perlu diketahui berhubung tunjuk perasaan yang sedang membelenggu Iran?
Tunjuk perasaan di seluruh Iran yang dicetuskan oleh ekonomi Republik Islam yang semakin merosot kini memberi tekanan baharu terhadap sistem teokrasinya, sedang pihak berkuasa memutuskan akses internet dan rangkaian telefon.
Anggaran Waktu Membaca:
DUBAI: Tunjuk perasaan di seluruh Iran yang dicetuskan oleh ekonomi Republik Islam yang semakin merosot kini memberi tekanan baharu terhadap sistem teokrasinya, sedang pihak berkuasa memutuskan akses internet dan rangkaian telefon.
Tehran masih bergelut dengan kesan perang selama 12 hari yang dilancarkan Israel pada Jun lalu, yang menyaksikan Amerika Syarikat mengebom tapak-tapak nuklear di Iran. Tekanan ekonomi, yang semakin memuncak sejak September apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan semula sekatan ke atas negara itu berhubung program atomiknya, menyebabkan mata wang rial Iran menjunam, dan kini diniagakan pada lebih 1.4 juta bagi setiap dolar Amerika.
Sementara itu, apa yang disebutkan Iran sebagai “Paksi Penentangan” – satu gabungan negara dan kumpulan bersenjata yang disokong Tehran – turut dilemahkan sejak bermulanya perang Israel-Hamas pada 2023.
Ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, yang memberi amaran bahawa jika Tehran “membunuh penunjuk perasaan yang aman secara ganas”, Amerika Syarikat “akan datang menyelamatkan mereka”, kini membawa makna baharu selepas tentera Amerika menahan Nicolás Maduro dari Venezuela, sekutu lama Tehran.
“Kami sedang memerhati dengan sangat teliti,” kata Encik Trump. “Jika mereka mula membunuh orang seperti yang pernah berlaku sebelum ini, saya fikir mereka akan menerima padah daripada Amerika Syarikat.”
Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diketahui berhubung tunjuk perasaan tersebut dan cabaran-cabaran yang dihadapi pemerintah Iran.
SELUAS MANA TUNJUK PERASAAN YANG BERLAKU
Lebih 570 tunjuk perasaan berlaku di kesemua 31 wilayah Iran, menurut laporan Agensi Berita Aktivis Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Amerika Syarikat pada awal Ahad (11 Jan). Jumlah kematian mencecah sekurang-kurangnya 116 orang, dengan lebih 2,600 diberkas. Kumpulan itu bergantung kepada rangkaian aktivis di dalam Iran dan terbukti tepat dalam liputannya bagi pergolakan sebelum ini.
Memahami skala sebenar tunjuk perasaan itu adalah sukar. Media negara Iran tidak memberikan banyak maklumat berhubung tunjuk perasaan tersebut. Video-video online hanya memperlihatkan gambaran ringkas dan bergoyang yang menunjukkan orang ramai di jalanan atau bunyi tembakan. Para wartawan di Iran juga berdepan sekatan liputan, termasuk keperluan mendapatkan kebenaran untuk bergerak di seluruh negara, selain ancaman gangguan atau penangkapan oleh pihak berkuasa. Pemutusan internet memburukkan lagi keadaan.
Namun, tunjuk perasaan itu tidak kelihatan seperti ia akan berhenti, meskipun Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei berkata “para perusuh mesti ditundukkan”.
MENGAPA DEMONSTRASI BERMULA
Kejatuhan nilai rial mencetuskan krisis ekonomi yang semakin meruncing di Iran. Harga daging, beras dan barangan asas lain meningkat. Negara itu bergelut dengan kadar inflasi tahunan sekitar 40 peratus.
Pada Disember, Iran memperkenalkan peringkat harga baharu bagi petrol bersubsidi nasionalnya, menaikkan harga antara petrol termurah di dunia itu, memberi tekanan tambahan kepada rakyat. Tehran mungkin menaikkan harga dengan lebih ketara pada masa depan, memandangkan pemerintah kini akan menyemak harga setiap tiga bulan. Pada masa yang sama, harga makanan dijangka melonjak selepas Bank Pusat Iran menamatkan kadar pertukaran dolar-rial bersubsidi bagi semua produk kecuali ubat-ubatan dan gandum.
Tunjuk perasaan bermula pada akhir Disember dengan para peniaga di Tehran sebelum merebak. Pada awalnya tunjuk perasaan tertumpu kepada isu ekonomi, sebelum ia berubah menjadi bersifat politik tidak lama kemudian apabila para penunjuk perasaan melaungkan kecaman terhadap pemerintah. Kemarahan sudah lama terpendam, khususnya selepas kematian Mahsa Amini, 22 tahun, dalam tahanan polis pada 2022 yang mencetuskan tunjuk perasaan di seluruh negara.
Sebahagian penunjuk perasaan melaungkan sokongan kepada Putera Mahkota Iran dalam buangan, Reza Pahlavi, yang turut menyeru agar tunjuk perasaan diteruskan.

PAKATAN IRAN SEMAKIN MELEMAH
“Paksi Penentangan” Iran, yang semakin menonjol dalam tahun-tahun selepas pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada 2003 dan pendudukan susulannya, kini berada dalam keadaan goyah.
Israel memusnahkan Hamas dalam perang dahsyat di Carikan Gaza. Hezbollah, kumpulan bersenjata Syiah di Lubnan, menyaksikan kepimpinan tertingginya dibunuh Israel dan kini bergelut untuk bangkit. Satu serangan kilat pada Disember 2024 pula menggulingkan sekutu lama dan klien setia Iran di Syria, Presiden Bashar Assad, selepas bertahun-tahun peperangan di negara itu. Pemberontak Houthi di Yaman yang disokong Iran juga dibedil serangan udara Israel dan Amerika Syarikat.
China, sementara itu, kekal sebagai pembeli utama minyak mentah Iran, namun tidak memberikan sokongan ketenteraan secara terbuka. Begitu juga dengan Rusia, yang bergantung kepada dron Iran dalam perangnya di Ukraine.
BARAT BIMBANG TENTANG PROGRAM NUKLEAR IRAN
Iran sejak berdekad lamanya menegaskan bahawa program nuklearnya bersifat aman. Namun, para pegawainya semakin kerap mengancam untuk meneruskan pembangunan senjata nuklear. Iran turut memperkaya uranium ke tahap hampir gred senjata sebelum serangan Amerika Syarikat pada Jun lalu, menjadikannya satu-satunya negara di dunia tanpa program senjata nuklear yang berbuat demikian.
Tehran juga semakin mengurangkan kerjasamanya dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, apabila ketegangan berhubung program nuklearnya meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ketua pengarah IAEA memberi amaran bahawa Iran berupaya membina sehingga 10 bom nuklear sekiranya ia memutuskan untuk mempersenjata program tersebut.
Agensi perisikan Amerika Syarikat menilai bahawa Iran masih belum memulakan program senjata, namun sudah “melaksanakan aktiviti yang meletakkannya dalam kedudukan yang lebih baik untuk menghasilkan peranti nuklear, sekiranya ia memilih untuk berbuat demikian”.
Iran baru-baru ini menyatakan bahawa ia tidak lagi memperkaya uranium di mana-mana tapak dalam negara, sebagai isyarat kepada Barat bahawa ia masih terbuka kepada rundingan berpotensi berhubung program atomiknya bagi meringankan sekatan. Namun, tiada rundingan penting berlangsung dalam beberapa bulan sejak perang pada Jun lalu.

MENGAPA HUBUNGAN IRAN-AMERIKA BEGITU TEGANG
Iran beberapa dekad lalu merupakan antara sekutu utama Amerika Syarikat di Timur Tengah di bawah pemerintahan Shah Mohammad Reza Pahlavi, yang membeli senjata ketenteraan buatan Amerika dan membenarkan juruteknik CIA mengendalikan pos mendengar rahsia bagi memantau Kesatuan Soviet yang berdekatan. CIA juga mencetuskan rampasan kuasa pada 1953 yang mengukuhkan pemerintahan shah itu.
Namun pada Januari 1979, shah melarikan diri dari Iran apabila tunjuk perasaan besar-besaran yang membantah pemerintahannya semakin meruncing. Ia diikuti Revolusi Islam yang dipimpin Ayatollah Ruhollah Khomeini, yang menubuhkan pemerintah teokrasi Iran.
Pada akhir tahun berkenaan, pelajar universiti menyerbu Kedutaan Amerika Syarikat di Tehran, menuntut ekstradisi shah dan mencetuskan krisis tebusan selama 444 hari yang menyaksikan hubungan diplomatik antara Iran dan Amerika Syarikat terjejas.
Semasa perang Iran–Iraq pada 1980-an, Amerika Syarikat menyokong Saddam Hussein. Dalam konflik itu, Amerika Syarikat melancarkan serangan sehari yang melumpuhkan Iran di laut sebagai sebahagian daripada apa yang disebutkan sebagai “Perang Kapal Tangki (Tanker War)”, dan kemudian menembak jatuh sebuah pesawat komersial Iran yang menurut tentera Amerika disangka sebagai sebuah pesawat perang.
Hubungan Iran dan Amerika Syarikat sejak itu bergolak antara permusuhan dan diplomasi dalam keadaan terpaksa. Hubungan kedua-dua negara mencapai kemuncaknya dengan perjanjian nuklear 2015, yang menyaksikan Iran mengehadkan programnya secara ketara sebagai pertukaran kepada pemansuhan sekatan. Namun, Encik Trump secara sehala menarik Amerika Syarikat keluar daripada perjanjian itu pada 2018, mencetuskan ketegangan di Timur Tengah yang semakin memuncak selepas serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel.

Sumber : AP/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.