jelasBERITA: Apa yang anda perlu tahu tentang tuntutan ganti rugi bagi kemalangan melibatkan kenderaan sekalipun di Malaysia?
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar ihsan: Cik Janet Fung Wui Mang
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura yang mengalami kecederaan otak akibat kemalangan berantai di Malaysia telah diberikan ganti rugi bernilai S$4.7 juta oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada awal Jun.
Mediacorp mendapatkan pandangan beberapa peguam untuk menjawab pertanyaan tentang bagaimana mangsa kemalangan boleh mendapatkan pampasan dan ganti rugi melalui tindakan undang-undang dan tuntutan mahkamah.
Apakah jenis ganti rugi yang boleh dituntut?
Biasanya terdapat empat komponen utama dalam tuntutan kematian atau kecederaan, menurut Encik Raj Singh Shergill, rakan kongsi pengurusan di firma guaman Lee Shergill.
Tuntutan-tuntutan itu adalah:
Siapa yang menanggung bayarannya?
Ia akan menjadi tanggungjawab syarikat insurans defendan, seperti yang dimandatkan oleh undang-undang.
Terdapat salah tanggapan umum bahawa pihak yang menuntut tidak akan mendapat jumlah penghakiman yang besar jika defendan tidak mampu membayarnya.
Ini tidak relevan di sini kerana syarikat insurans defendan yang mesti membayarnya, menurut Encik Shergill.
"Undang-undang Singapura mewajibkan untuk memiliki insurans kenderaan yang melindungi risiko kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga yang timbul daripada penggunaan kenderaan bermotor dan memaksa syarikat insurans untuk memenuhi jumlah penghakiman yang diberikan terhadap defendan," kata Encik Shergill, sambil menyatakan bahawa Undang-undang Malaysia pada umumnya serupa dengan Singapura.
Di bawah undang-undang Singapura, walaupun individu yang mendapatkan perlindungan insurans menjadi muflis atau telah melanggar syarat polisi tertentu seperti memandu dalam keadaan mabuk, ini tidak menjejaskan hak pihak yang menuntut pihak ketiga untuk mendapatkan semula jumlah penghakiman daripada syarikat insurans, tambahnya.
Encik Muhammad Razeen Sayed Majunoon, pengarah Advance Law, memberitahu Mediacorp bahawa jumlahnya biasanya dibayar sekali gus, dengan syarikat insurans biasanya mengeluarkan jumlah penuh sebaik tuntutan diselesaikan dan semua dokumen diserahkan dengan teratur.
"Bagi sesetengah kes, terutamanya dalam tuntutan yang lebih besar, pihak-pihak yang terlibat mungkin bersetuju dengan penyelesaian di mana pembayaran dibuat secara ansuran atau bertahap-tahap. Ini, bagaimanapun, tidak kerap berlaku dan biasanya tertakluk kepada persetujuan antara pihak menuntut dan pihak yang membayarnya," katanya .
Menurut Encik Razeen, jarang sekali defendan tidak membuat pembayaran apabila insurans turut terlibat, dan pihak yang menuntut "biasanya menerima pampasan yang diberikan" dalam kes dengan perlindungan insurans.
Bagaimana jika pemandu tidak mempunyai perlindungan insurans – atau tidak ditemui?
Pihak yang menuntut masih akan mendapat wang mereka dalam kes-kes sedemikian, kata Encik Shergill.
Pada tahun 1975, Menteri Kewangan mempersetujui perjanjian dengan semua syarikat insurans, di mana Biro Syarikat Insurans Kenderaan Singapura (MIB) akan memberi pampasan kepada mangsa sedemikian, katanya.
"Dalam situasi di mana polisi dikeluarkan oleh syarikat insurans tetapi tidak melindungi pemandu tertentu, pihak syarikat insurans akan memenuhi penghakiman bagi pihak MIB," kata peguam itu.
"Dalam semua kes lain, permohonan boleh dibuat terus kepada MIB. MIB tidak boleh disaman di mahkamah, tetapi keputusannya boleh dirayu kepada Pemegang Amanah Awam."
Badan pemerintah itu mempunyai budi bicara untuk mentadbir pampasan dalam kes kemalangan sedemikian.
Bagi memastikan pihak yang menuntut boleh mendapatkan semula jumlah yang diberikan, Singapura juga mempunyai mekanisme untuk memaksa pembayaran seperti perintah garnishee (di mana pihak yang menuntut mendapatkan wang mereka daripada pihak lain yang berhutang wang defendan), prosiding muflis atau tindakan penguatkuasaan melalui Mahkamah Tinggi, kata Encik Andy Yeo, rakan kongsi di Eldan Law.
"Tribunal Tuntutan Kecil dan Mahkamah Negara juga menyediakan jalan yang sama untuk menguatkuasakan pembayaran," katanya, sambil menyatakan bahawa mekanisme ini "secara amnya" akan memastikan pihak menuntut mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan ganti rugi yang diberikan.

- Ganti rugi am yang terdiri daripada kesakitan dan penderitaan, kehilangan pendapatan masa hadapan dan perbelanjaan perubatan masa hadapan.
- Ganti rugi khas bagi kerugian dan perbelanjaan yang telah berlaku pada masa ganti rugi dinilai. Ini termasuk perbelanjaan perubatan dan pengangkutan, serta kehilangan pendapatan sebelum perbicaraan dijalankan.
- Faedah ke atas ganti rugi untuk kesakitan dan penderitaan - pada 5.33 peratus setahun dari tarikh prosiding dimulakan.
- Terdapat juga faedah ke atas ganti rugi khas pada kadar 2.67 peratus setahun, dari tarikh kemalangan. Sebaik sahaja penghakiman diberikan, keseluruhan jumlah penghakiman membawa faedah pada 5.33 peratus setahun sehingga pembayaran penuh dibuat.
- Sumbangan kepada kos dan bayarannya.
Siapa yang menanggung bayarannya?
Ia akan menjadi tanggungjawab syarikat insurans defendan, seperti yang dimandatkan oleh undang-undang.
Terdapat salah tanggapan umum bahawa pihak yang menuntut tidak akan mendapat jumlah penghakiman yang besar jika defendan tidak mampu membayarnya.
Ini tidak relevan di sini kerana syarikat insurans defendan yang mesti membayarnya, menurut Encik Shergill.
"Undang-undang Singapura mewajibkan untuk memiliki insurans kenderaan yang melindungi risiko kematian atau kecederaan kepada pihak ketiga yang timbul daripada penggunaan kenderaan bermotor dan memaksa syarikat insurans untuk memenuhi jumlah penghakiman yang diberikan terhadap defendan," kata Encik Shergill, sambil menyatakan bahawa Undang-undang Malaysia pada umumnya serupa dengan Singapura.
Di bawah undang-undang Singapura, walaupun individu yang mendapatkan perlindungan insurans menjadi muflis atau telah melanggar syarat polisi tertentu seperti memandu dalam keadaan mabuk, ini tidak menjejaskan hak pihak yang menuntut pihak ketiga untuk mendapatkan semula jumlah penghakiman daripada syarikat insurans, tambahnya.
Encik Muhammad Razeen Sayed Majunoon, pengarah Advance Law, memberitahu Mediacorp bahawa jumlahnya biasanya dibayar sekali gus, dengan syarikat insurans biasanya mengeluarkan jumlah penuh sebaik tuntutan diselesaikan dan semua dokumen diserahkan dengan teratur.
"Bagi sesetengah kes, terutamanya dalam tuntutan yang lebih besar, pihak-pihak yang terlibat mungkin bersetuju dengan penyelesaian di mana pembayaran dibuat secara ansuran atau bertahap-tahap. Ini, bagaimanapun, tidak kerap berlaku dan biasanya tertakluk kepada persetujuan antara pihak menuntut dan pihak yang membayarnya," katanya .
Menurut Encik Razeen, jarang sekali defendan tidak membuat pembayaran apabila insurans turut terlibat, dan pihak yang menuntut "biasanya menerima pampasan yang diberikan" dalam kes dengan perlindungan insurans.
Bagaimana jika pemandu tidak mempunyai perlindungan insurans – atau tidak ditemui?
Pihak yang menuntut masih akan mendapat wang mereka dalam kes-kes sedemikian, kata Encik Shergill.
Pada tahun 1975, Menteri Kewangan mempersetujui perjanjian dengan semua syarikat insurans, di mana Biro Syarikat Insurans Kenderaan Singapura (MIB) akan memberi pampasan kepada mangsa sedemikian, katanya.
"Dalam situasi di mana polisi dikeluarkan oleh syarikat insurans tetapi tidak melindungi pemandu tertentu, pihak syarikat insurans akan memenuhi penghakiman bagi pihak MIB," kata peguam itu.
"Dalam semua kes lain, permohonan boleh dibuat terus kepada MIB. MIB tidak boleh disaman di mahkamah, tetapi keputusannya boleh dirayu kepada Pemegang Amanah Awam."
Badan pemerintah itu mempunyai budi bicara untuk mentadbir pampasan dalam kes kemalangan sedemikian.
Bagi memastikan pihak yang menuntut boleh mendapatkan semula jumlah yang diberikan, Singapura juga mempunyai mekanisme untuk memaksa pembayaran seperti perintah garnishee (di mana pihak yang menuntut mendapatkan wang mereka daripada pihak lain yang berhutang wang defendan), prosiding muflis atau tindakan penguatkuasaan melalui Mahkamah Tinggi, kata Encik Andy Yeo, rakan kongsi di Eldan Law.
"Tribunal Tuntutan Kecil dan Mahkamah Negara juga menyediakan jalan yang sama untuk menguatkuasakan pembayaran," katanya, sambil menyatakan bahawa mekanisme ini "secara amnya" akan memastikan pihak menuntut mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapatkan ganti rugi yang diberikan.
Sumber : CNA/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.