jelasBERITA: Apa punca bencana maut Nepal-Tibet?
Anggaran Waktu Membaca:
Gambaran arus deras membawa air, ais, lumpur dan batu melalui lembah Himalaya. (Gambar: CNA)
NUWAKOT: Pada pagi Rabu (26 Ogos), banjir kilat dan tanah runtuh dahsyat melanda kawasan sempadan Nepal-Tibet.
Bencana itu bermula di kawasan puncak tinggi Himalaya apabila runtuhan besar ais, batu, lumpur dan air menghempas perkampungan serta sebuah pelabuhan sempadan.

Sekurang-kurangnya 500 orang terkorban, manakala hampir 2,000 lagi masih hilang, termasuk beratus-ratus pelancong dari seluruh dunia.
Beberapa perkampungan musnah dalam beberapa saat. Jalan raya, jambatan dan stesen janakuasa turut musnah apabila arus deras membawa air, ais, lumpur dan batu melalui lembah Himalaya.
Arus deras itu meranapkan bangunan dan menghanyutkan kenderaan di laluannya. Beberapa rakaman video menunjukkan bagaimana kawasan yang terjejas berubah sama sekali dalam masa beberapa saat.
Kamera pemantauan di Pelabuhan Gyirong merakam detik bencana berlaku, menunjukkan aliran lumpur berwarna coklat yang besar meluru melalui gaung dari arah Nepal sebelum membadai bangunan Pelabuhan Gyirong serta orang ramai yang cuba menyelamatkan diri.

Imej satelit kawasan itu turut menunjukkan betapa luasnya sungai melimpahi tebing.
APA PUNCANYA?
Bencana itu dipercayai bermula di bahagian utara Langtang Lirung, sebuah gunung di Nepal berhampiran sempadan Tibet.
Analisis satelit menunjukkan batuan dasar (bedrock) di bawah sebuah glasier runtuh, menyebabkan bongkah ais dan batu yang sangat besar menghempas ke lembah di bawah.
Runtuhan batu dan ais itu kemudian menyekat Sungai Lhende Khola, sekali gus membentuk empangan semula jadi.
Air mula bertakung dan tekanan terhadap empangan yang tidak stabil itu semakin meningkat sehingga akhirnya pecah.
Gelombang deras air, lumpur dan batu kemudian mengalir ke hilir, memusnahkan jalan raya dan jambatan serta membadai kawasan penempatan di sepanjang sistem sungai.
Pada mulanya, bencana itu dipercayai berpunca daripada gempa bumi bermagnitud 4.4. Namun, analisis lanjut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) mendapati tenaga seismik tersebut sebenarnya terhasil daripada runtuhan dan aliran puing yang menyusul.
BOLEHKAH AMARAN DIBERIKAN LEBIH AWAL?
Kebanyakan sistem amaran banjir konvensional banyak bergantung pada taburan hujan, namun tiada hujan lebat direkodkan sejurus sebelum bencana tersebut.
Pakar hidrologi Universiti Texas San Antonio, Hatim Sharif, memberitahu AFP bahawa ketiadaan hujan sebelum kejadian mungkin menjejas keberkesanan sistem amaran banjir konvensional.
Apabila arus deras mula melalui lembah sempit Himalaya, hanya sedikit masa yang ada untuk penduduk menyelamatkan diri.
Bentuk muka bumi Himalaya yang ekstrem turut memburukkan keadaan. Cerun curam mempercepatkan pergerakan bahan runtuhan ke bawah, manakala lembah sempit menyalurkan arus deras itu ke kawasan penempatan.
ADAKAH PERUBAHAN IKLIM PUNCANYA?
Punca sebenar yang mencetuskan runtuhan itu masih belum jelas. Para saintis berkata masih terlalu awal untuk mengaitkannya secara langsung dengan perubahan iklim, namun peningkatan suhu mungkin menyebabkan landskap Himalaya menjadi semakin tidak stabil.
Profesor geosains Universiti Dayton, Umesh Haritashya, berkata air beku di dalam rekahan gunung boleh bertindak seperti "gam" yang membantu mengikat batu dan tanah.

"Apabila iklim berubah dan cuaca semakin panas, 'gam' itu mencair," katanya kepada program Asia First CNA.
ADAKAH BAHAYA SUDAH BERAKHIR?
Ancaman bencana susulan masih wujud. Pihak berkuasa memberi amaran mengenai kemungkinan banjir baharu akibat tasik yang terbentuk di belakang sekatan semula jadi di hulu kawasan bencana.
Puing akibat bencana sudah menyekat Sungai Bhote Koshi sehingga membentuk sebuah tasik baharu. Air terus bertakung di belakang halangan itu dan terdapat risiko tinggi ia boleh pecah, sekali gus mencetuskan satu lagi gelombang air deras ke hilir.
Pada 28 Ogos, operasi menyelamat di Nepal dan Tibet dihentikan seketika selepas sebuah tasik yang terbentuk akibat sekatan di hulu mula melimpah. Operasi menyelamat disambung semula pada hari yang sama.
Limpahan berterusan boleh mencetuskan satu lagi banjir kilat atau aliran lumpur, sekali gus membahayakan anggota penyelamat yang cuba menuju ke kawasan pencarian utama.
Bagi hampir 2,000 orang yang masih hilang, pasukan penyelamat kini mengejar masa untuk mencari mereka sedang ancaman bencana susulan masih membayangi kawasan tersebut.

Sumber : CNA/IM/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.