Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

jelasBERITA: Apa punca bencana dahsyat seperti ribut Daniel di Libya?

Anggaran Waktu Membaca:
jelasBERITA: Apa punca bencana dahsyat seperti ribut Daniel di Libya?

(Gambar: Abdullah DOMA / AFP)

DERNA: Banjir besar yang melanda kota Derna mencetuskan satu krisis kemanusiaan yang besar di Libya.

Pihak berkuasa menuntut agar siasatan dijalankan bagi menentukan sama ada jumlah korban yang besar itu berpunca daripada kesilapan manusia.

Apa sebenarnya punca bencana yang begitu dahsyat itu dan sejauh mana ia dapat dielakkan?

Selepas melepasi laut Mediterranean, ribut Daniel yang kencang membadai bahagian timur Libya pada Ahad (10 Sep).

Ia membawa bersama curahan air hujan sangat lebat, sehingga dua empangan di kawasan berbukit di selatan Derna pecah.

Ia mencetuskan gelombang air yang menghentam kota tersebut, tetapi tiada amaran diberikan.

Ketua Pertubuhan Meteorologi Sedunia berkata konflik politik lebih sedekad di Libya, melumpuhkan khidmat jabatan kaji cuacanya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Meteorologi Sedunia Petteri Taalas berkata: "Sekiranya ada jabatan meteorologi yang beroperasi seperti biasa, mereka akan mengeluarkan amaran dan pihak pengurusan kecemasan juga dapat memindahkan orang ramai lebih awal."

Sebelum ini, para penyelidik tempatan sudah mengeluarkan amaran bahawa empangan yang terjejas perlu disenggara dengan segera dan secara tetap.

Imej satelit menunjukkan sebahagian besar bandar itu dilanda banjir.

Banyak kawasan kejiranan sama ada musnah atau dihanyutkan.

Ini termasuk hospital-hospital serta pelbagai prasarana lain.

Bekalan elektrik, air dan khidmat internet juga terputus.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kesihatan Seduni Dr Tedros Ghebreyesus: "Lebih 35,000 orang kehilangan tempat tinggal dan tiada tempat berteduh. Ini adalah malapetaka pada kadar epik."

Khamis lalu, WHO umumkan dana kecemasan AS$2 juta (S$2.7 juta) untuk menyokong keperluan kesihatan mangsa terselamat yang semakin mendesak.

Walaupun pasukan-pasukan antarabangsa sudah tiba untuk menghulurkan bantuan, operasi penyelamat terhalang akibat jalan-jalan raya dan jambatan yang rosak.

Usaha sedemikian juga dirumitkan lagi oleh keretakan politik di Libya, yang tidak mempunyai sebuah pemerintah pusat yang dapat menjangkau ke seluruh negara, selepas pemberontakan yang disokong NATO menggulingkan Muammar Gaddafi pada 2011.

Namun menerusi semangat perpaduan yang jarang dilihat, pemerintah Tripoli di barat Libya mengirimkan bantuan ke kota Derna yang terlekat timur Libya, serta menyeru perbincangan mengenai usaha-usaha pemulihan.
 
Sumber : Reuters/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan