jelasBERITA: Apa itu USAID? Bagaimana penutupannya jejas Asia Tenggara?
Anggaran Waktu Membaca:

Orang ramai membantah rancangan Presiden AS Donald Trump dan Elon Musk untuk menutup USAID di luar Capitol AS pada 5 Februari 2025. (Gambar: Drew ANGERER/AFP)
WASHINGTON: Berpuluh-puluh pegawai kanan diberi cuti, beribu-ribu kontraktor diberhentikan kerja dan berbilion-bilion dolar dalam bentuk bantuan kemanusiaan ke negara lain juga dibekukan.
Sejak dua minggu lalu, pentadbiran Presiden Donald Trump telah membuat perubahan besar kepada agensi Amerika yang menguruskan bantuan kemanusiaan ke luar negara, menyebabkan banyak pertubuhan bantuan bimbang sama ada mereka boleh meneruskan program seperti bantuan makanan untuk bayi dan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan.
Presiden John F. Kennedy ketika itu menubuhkan Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat, yang dikenali sebagai USAID, semasa Perang Dingin.
Dalam beberapa dekad sejak itu, Republican dan Democrat telah bertelagah mengenai agensi dan pembiayaannya.
Berikut sejarah dan perubahan USAID yang dibuat sejak Encik Trump memegang jawatan presiden.
APA ITU USAID?
USAID ditubuhkan dengan tujuan menyelaraskan bantuan asing dengan lebih baik, iaitu platform utama dasar luar Amerika bagi menangkis pengaruh Soviet.
Ia kini mentadbir sekitar 60 peratus daripada bantuan luar Amerika Syarikat dan mengagihkan AS$43.79 bilion (S$59.5 bilion) pada tahun fiskal 2023.
Menurut laporan Perkhidmatan Kajian Kongres pada bulan ini, tenaga kerjanya seramai 10,000 orang, di mana dua pertiga berkhidmat di luar negara telah mengagihkan bantuan kepada sekitar 130 negara.
USAID dibiayai oleh Kongres berdasarkan permintaan pentadbiran.
Laporan itu menyatakan USAID membantu "negara-negara penting secara strategik dan negara-negara yang sedang dibelenggu konflik; memimpin usaha Amerika untuk mengurangkan kemiskinan, penyakit dan menghulurkan bantuan kemanusiaan; serta bantu memajukan kepentingan komersil Amerika dengan menyokong pertumbuhan ekonomi negara-negara membangun serta meningkatkan keupayaan negara untuk menyertai perdagangan dunia".
Penerima bantuan utamanya pada 2023 adalah Ukraine, Habsyah, Jordan, Republik Demokratik Congo, Somalia, Yaman, Afghanistan, Nigeria, Sudan Selatan dan Syria.
BERAPA BANYAK BANTUAN TELAH AMERIKA SALURKAN MENERUSI USAID?
Pada tahun fiskal 2023, Amerika Syarikat mengagihkan sebanyak AS$72 bilion (S$97.8 bilion) kepada seluruh dunia dan sekitar 42 peratus daripada kesemua bantuan kemanusiaan dijejaki oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2024.
Dana tersebut merangkumi bantuan kesihatan bagi kaum Hawa di zon-zon konflik hingga kepada akses kepada bekalan air bersih, rawatan HIV/AIDS, jaminan tenaga dan kerja-kerja antirasuah.
Menurut laporan oleh Institusi Brookings pada September, sejak tahun-tahun kebelakangan ini, perbelanjaan Amerika membentuk sekitar 0.33 peratus daripada GDP negara.
Ia mencecah paras tetinggi sebanyak 3 peratus daripada GDP negara pada tahun-tahun 1950-an disebabkan oleh pelaksanaan program Pelan Marshall untuk membangunkan semula Eropah selepas Perang Dunia Kedua.
Semasa Perang Dingin, perbelanjaan USAID berada pada paras antara 0.5 peratus hingga 1 peratus.
Walaupun Amerika Syarikat menghulurkan lebih banyak bantuan berbanding negara-negara lain, sumbangannya sebagai peratusan pendapatan negara berada di bawah senarai negara-negara kaya pada 2020, menurut perangkaan oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).
Pada 2023, Norway mengungguli senarai tersebut dengan menyumbang 1.09 peratus daripada pendapatan bersih negara, manakala Amerika Syarikat jauh ketinggalan dengan 0.24 peratus, bersama dengan Slovenia, Republik Czech dan Sepanyol.
Di bawah pentadbiran mantan Presiden Joe Biden, USAID dikendalikan oleh diplomat warga Irish-Amerika Samantha Power, yang juga berkhidmat sebagai duta PBB di bawah pentadbiran mantan Presiden Barack Obama.
Keutamaannya di bawah Rangka Kerja Dasar Mac 2023 adalah untuk menangani krisis perubahan iklim, arus pemerintahan kuku besi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi inklusif dan peluang sama rata.
BAGAIMANA PENUTUPAN USAID JEJAS ASIA TENGGARA?
Di Myanmar, ia dilanda huru-hara selepas rampasan kuasa tentera 2021, yang mencetuskan penentangan bersenjata, dan konflik yang semakin meningkat yang telah merebak ke seluruh negara.
Kadar kemiskinan juga telah meningkat, pengeluaran pertanian telah terganggu, dan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan kini berdepan banyak tekanan.
Setiausaha Negara Amerika Marco Rubio berkata bahawa bantuan kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa akan dikecualikan daripada pembekuan bantuan asing Encik Trump, namun beberapa pesakit dilaporkan telah dibenarkan keluar.
Program HIV kementerian kesihatan yang dikawal junta, yang bergantung kepada pembiayaan Amerika, juga dikurangkan, lapor BBC Burma, dengan seorang pegawai berkata bahawa "rawatan perubatan mahal seperti pemeriksaan darah" telah digantung.
Penggantungan pembiayaan itu turut memberi kesan kepada aktivis pro-demokrasi yang mempertaruhkan nyawa untuk menentang pemimpin tentera.
Seorang aktivis terkemuka berkata dia diarahkan menghentikan kerja menyediakan rumah selamat di Myanmar untuk aktivis yang melarikan diri daripada tentera.
“Kami meminta negara demokrasi lain untuk turut serta membantu mengisi jurang. USAID dan agensi penderma lain yang ada kaitan dengan Amerika mesti bersidang dan menyelaraskan dengan sekutu lain untuk memastikan keperluan ini ditangani di lapangan terutamanya untuk bantuan perubatan dan program kecemasan seperti menyokong aktivis berisiko,” kata aktivis itu, yang berkata mereka juga telah diarah menghentikan program latihan mengenai aktivisme tanpa kekerasan.
Laman India Scroll juga melaporkan bahawa saluran berita Mizzima tidak akan dapat membayar wartawannya, dan ini adalah satu kebimbangan kerana ia telah memainkan peranan penting dalam mendokumentasikan kekejaman tentera.
Ia adalah salah satu krisis kemanusiaan yang paling kekurangan dana di dunia, dan pada akhir tahun lalu, PBB memberi amaran bahawa 2 juta orang di negeri Rakhine barat menghadapi risiko kebuluran.
FILIPINA DIJANGKA TIDAK TERJEJAS TERUK
Timbalan Setiausaha Luar Eduardo de Vega berkata pembekuan pembiayaan USAID tidak kekal dan tidak akan "menjejas teruk" Filipina.
Filipina ialah sekutu paling lama Amerika di Indo-Pasifik, dan telah semakin rapat dengan Washington sejak kebelakangan ini kerana ia telah mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap pencerobohan China di Laut China Selatan.
USAid telah mengeluarkan dana $180 juta untuk projek di Filipina pada 2024, termasuk bantuan kemanusiaan selepas taufan dahsyat dan projek dalam bidang tadbir urus, masyarakat sivil, pendidikan, dan kesihatan, termasuk batuk kering tahan pelbagai ubat dan wabak HIV yang semakin teruk.
PROGRAM PERBERSIHAN PERIUK API DIHENTI DI VIETNAM
Begitu juga dengan Vietnam, USAID telah membiayai projek yang bertujuan menyokong pembangunan ekonomi, keselamatan alam sekitar dan kesihatan di seluruh Vietnam, dan mengeluarkan $146.46 juta sebagai bantuan kepada negara itu pada 2024.
Namun, semakan semula bantuan asing Amerika dilaporkan akan menghentikan pembiayaan untuk program pembersihan periuk api, termasuk kerja-kerja menyelamatkan nyawa di Vietnam, Laos, dan Kemboja.
Di Vietnam juga, bom Amerika yang tidak meletup, terus merentasi seperlima negara itu dan telah membunuh berpuluh-puluh ribu orang sejak perang berakhir pada 1975.
KESAN TERHADAP INDONESIA
Di Indonesia pula, USAID telah mengeluarkan AS$153 juta (S$206.6 juta) kepada projek Indonesia pada 2023 dalam bidang termasuk tadbir urus demokrasi, antirasuah, iklim dan alam sekitar, pertumbuhan ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
Beberapa tahun kebelakangan ini, ia telah menyokong pelancaran mesin untuk mengesan tuberkulosis dan ubat penyelamat nyawa kepada ibu baharu, serta bekerjasama dengan pertubuhan tidak mengaut untung (NGO) untuk melatih orang ramai dalam kesiapsiagaan bencana.
Sektor-sektor tersebut dijangka terjejas menyusuli penutupan USAID oleh Encik Trump.
IMPAK BESAR TERHADAP WARTAWAN, MASYARAKAT DI KEMBOJA
Di Kemboja, pembiayaan USAID menyokong projek yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kesihatan, pendidikan, perlindungan kanak-kanak, serta demokrasi dan hak asasi manusia yang mampan.
Projek tersebut telah digantung, termasuk kerja mempromosikan kewartawanan rakyat dalam menghadapi tindakan keras kerajaan yang semakin teruk.
Chhan Sokunthea, pengarah eksekutif di Pusat Media Bebas Kemboja (CCIM) berkata jika pembiayaan dikurangkan dalam jangka panjang, ia akan memberi impak besar kepada sokongan yang diberikan kepada wartawan jika mereka menghadapi pelanggaran hak asasi manusia atau gangguan.
Ny Sokha, presiden kumpulan hak asasi Kemboja Adhoc, yang projeknya turut terjejas, memberitahu saluran bebas CamboJA News bahawa pemotongan pembiayaan akan "menjejaskan usaha kami untuk menyokong masyarakat yang terdedah dan mengukuhkan demokrasi di Kemboja".
“Kira-kira 30 peratus daripada pembersihan periuk api di Kemboja dibiayai oleh pentadbiran Amerika dan semuanya telah terhenti. Mulai hari Sabtu, tiada program yang dibiayai oleh Amerika boleh berfungsi.
"Tiada siapa yang boleh kembali ke lapangan,” kata Bill Morse, yang mengasaskan Dana Bantuan Periuk Api Darat amal di Kemboja.
“Ada kemungkinan seseorang itu akan merayau-rayau ke salah satu medan periuk api yang sepatutnya dibersihkan dalam 90 hari akan datang – dan dia akan kehilangan tangan dan kaki. Dia akan berlumuran darah. Bolehkah orang mati? Sudah tentu ia boleh berlaku.”

Sumber : Agensi berita/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.