Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

jelasBERITA: Apa itu undang-undang tentera di Korea Selatan?

Anggaran Waktu Membaca:
jelasBERITA: Apa itu undang-undang tentera di Korea Selatan?

(Gambar: Yonhap/AFP)

Diterbitkan : 04 Dec 2024 11:45PM Dikemas Kini : 04 Dec 2024 11:55PM
SEOUL: Ia disifatkan sebagai satu kejutan, baik di Korea Selatan mahupun di luar negara apabila Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengisytiharkan undang-undang tentera darurat pada 3 Disember.

Namun, negara itu mempunyai sejarah undang-undang tentera dan pemerintahan tentera.

Dalam kes ini, usaha untuk menggantung pemerintahan sivil terbukti tidak dapat bertahan lama.

Selepas parlimen Korea Selatan mengundi untuk menarik balik undang-undang tentera darurat, Encik Yoon berkata bahawa beliau akan mematuhi hanya beberapa jam selepas membuat pengumuman awalnya.

Berikut adalah gambaran ringkas mengenai sejarah tersebut.

BILA UNDANG-UNDANG TENTERA KALI TERAKHIR DIGUNAKAN DI KOREA SELATAN?

Undang-undang tentera kali terakhir diperkenalkan pada 27 Oktober 1979 oleh Perdana Menteri Choi Kyu-hah selepas pembunuhan Presiden Park Chung-hee, yang telah merampas kuasa dalam rampasan kuasa tentera pada tahun 1961.

Di bawah tekanan daripada sekumpulan pemimpin tentera yang diketuai oleh Jeneral Chun Doo-hwan, Choi, yang pada ketika itu sudah menjadi presiden, melanjutkan undang-undang tentera ke tahun 1980 dan sekali gus mencetuskan tindak balas daripada golongan pro-demokrasi.

Ratusan orang turut terkorban dalam tindakan keras yang membawa maut sebelum undang-undang tentera ditarik balik pada 1981 selepas satu referendum.

Parti politik sekali lagi dibenarkan menjalankan khidmat dan pada 1987 hak-hak sivil lain dipulihkan, mewujudkan tempoh demokrasi yang bertahan sehingga presiden sedia ada mengisytiharkan undang-undang tentera darurat semasa ucapan negara tergempar yang disiarkan secara langsung.

BILA LAGI UNDANG-UNDANG TENTERA DIGUNAKAN?

Pengisytiharan pertama undang-undang tentera adalah pada tahun 1948, hanya beberapa bulan selepas penubuhan rasmi Korea Selatan, oleh presiden pertama, Syngman Rhee, yang bekerjasama dengan tentera Amerika Syarikat untuk menundukkan pemberontakan tentera yang diketuai oleh komunis.

Beliau mengisytiharkannya sekali lagi pada tahun 1952 semasa Perang Korea.

Undang-undang tentera telah digunakan beberapa kali oleh pelbagai rejim bagi tahun-tahun berikutnya sedang negara itu melalui tempoh yang bergolak, di mana banyak rampasan kuasa tentera berlaku.

APA ITU UNDANG-UNDANG TENTERA DI KOREA SELATAN?

Presiden Korea Selatan mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan undang-undang tentera di bawah perlembagaan dalam keadaan perang, konflik bersenjata atau kecemasan negara yang lain.

Korea Selatan mempunyai dua jenis undang-undang tentera: undang-undang tentera darurat dan undang-undang tentera keselamatan.

Yang pertama, yang digunakan oleh Presiden Yoon, memberi kuasa besar kepada pemerintah, menyekat kebebasan media, membataskan perhimpunan dan mempunyai hak ke atas mahkamah sivil, antara lain.

Presiden itu mesti memberitahu Perhimpunan Negara selepas mengisytiharkan undang-undang tentera.

Jika perhimpunan menuntut pembatalannya dengan undian majoriti, seperti yang berlaku dalam kes terbaharu, presiden itu mesti mematuhinya.
Sumber : CNA/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan