jelasBERITA: Apa itu UNCLOS?
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah kapal tangki minyak di salah satu terminal minyak luar pesisir selatan Iraq pada 24 April 2026. (Gambar: Reuters/Mohammed Aty)
SINGAPURA: Tidak lama selepas perang Timur Tengah tercetus pada akhir Februari, Iran mula menyekat pelayaran melalui Selat Hormuz, sekali gus mengenakan sekatan laut di titik sempit penting di mana kira-kira 25 peratus minyak dunia melaluinya.
Apabila perang berlarutan, Amerika Syarikat turut mengenakan kepungan ke atas kapal dagang Iran. Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, beberapa kapal komersial milik negara yang tidak terlibat dalam perang dirampas.
Terdapat juga cadangan daripada Iran dan Amerika Syarikat untuk mengenakan cukai ke atas kapal yang melalui laluan air yang pada titik paling sempitnya kurang daripada 40 kilometer (km) lebar itu.
Di laluan air lain, idea mengenakan tol untuk laluan di selat-selat sempit turut menjadi bahan perbincangan.
Menteri Kewangan Indonesia Purbaya Yudhi Sadewa, minggu lalu mencadangkan agar kapal yang melalui Selat Melaka dikenakan cukai, walaupun Indonesia kemudian menegaskan tiada rancangan untuk mengenakan tol di selat yang lebarnya kurang daripada 4km pada titik paling sempitnya.
Pengulas dan warganet China juga membincangkan kemungkinan kewujudan “pondok tol” di Selat Taiwan, mengambil ilham daripada cara Selat Hormuz dijadikan senjata oleh pihak-pihak yang berperang.
Di tengah-tengah ancaman yang semakin meningkat terhadap hak dan kebebasan pelayaran, negara-negara kini memberi tumpuan kepada undang-undang antarabangsa yang penting dalam mengawal aktiviti maritim - Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) - serta mengapa kedaulatan undang-undang perlu ditegakkan.
Menggariskan kebimbangan ini, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadual mengadakan perdebatan di New York pada Isnin (27 Apr) mengenai keselamatan dan perlindungan laluan air.
Mediacorp meneliti skop UNCLOS dan keberkesanannya sebagai pengimbang kepada tindakan sepihak kuasa maritim besar.
BAGAIMANA UNCLOS TERCETUS?
UNCLOS ialah rangka peraturan yang mentadbir lautan dunia. Ia memperuntukkan hak dan bidang kuasa undang-undang kepada negara-negara serta menetapkan peraturan bagi penggunaan laut dan sumbernya secara aman.
Undang-undang antarabangsa ini berkuat kuasa pada 1994 selepas diterima pakai pada 1982 dan merupakan hasil proses 15 tahun yang bermula dengan ucapan Duta Malta ke PBB ketika itu, Arvid Pardo.
Pada dekad-dekad sebelumnya, aktiviti penerokaan minyak, perikanan dan perlombongan membawa manusia jauh melangkaui perairan asal, dan negara-negara membuat tuntutan bertindih ke atas bahagian-bahagian laut.
Contohnya, pada 1945, Presiden Amerika Syarikat Harry Truman secara sepihak meluaskan bidang kuasa negara itu ke atas semua sumber asli di dasar benua (continental shelf) Amerika, mencabar doktrin kebebasan laut (freedom of the seas) yang mengehadkan hak negara kepada jalur perairan sempit di sepanjang pantai.
Negara-negara lain mengikut jejak langkah itu: Argentina menuntut dasarnya, manakala Chile, Peru dan Ecuador menegaskan hak kedaulatan ke atas kawasan yang lebih luas bagi mengehadkan akses armada kapal nelayan asing.
Berucap di Perhimpunan Agung PBB pada 1976, Encik Pardo memberi amaran bahawa negara-negara mungkin tertarik untuk menggunakan kecekapan teknikal masing-masing untuk meluaskan lagi bidang kuasa secara kompetitif ke dasar laut.
Selepas itu, Jawatankuasa Dasar Laut PBB ditubuhkan dan usaha diplomasi global digerakkan untuk merangka peraturan lautan.
Singapura merupakan antara penggubal UNCLOS, khususnya dalam membentuk peruntukan mengenai laluan transit di selat-selat yang digunakan untuk pelayaran antarabangsa.
Hari ini, 172 pihak sudah meratifikasi atau mengesahkan UNCLOS. Negara seperti Iran dan Amerika Syarikat menandatangani tetapi belum meratifikasinya.
APA YANG DILIPUTI UNCLOS?
Daripada perlindungan alam sekitar marin hingga penentuan bidang kuasa wilayah sesebuah negara pesisir, UNCLOS diterima pakai sebagai “pakej menyeluruh” - undang-undang ini mesti diterima sepenuhnya tanpa sekatan ke atas mana-mana bahagiannya.
Perang Timur Tengah menonjolkan salah satu klausa utamanya - hak laluan transit di selat antarabangsa.
Hak ini berbeza daripada kebebasan pelayaran di laut lepas (high seas), di mana kapal tidak boleh diganggu mana-mana negara, dan hak laluan aman (innocent passage) di laut wilayah, di mana kapal dibenarkan melaluinya selagi tidak menjejas keamanan atau keselamatan pantai.
Di bawah hak laluan transit UNCLOS, kapal semua negara berhak melalui selat-selat untuk pelayaran antarabangsa secara berterusan tanpa gangguan.
Negara-negara pesisir selat hanya boleh mengawal laluan atas sebab khusus seperti keselamatan pelayaran dan pencegahan pencemaran.
Ia tidak boleh menghalang kapal atau mengenakan tol. Inilah sebabnya negara-negara membantah cadangan Iran mengenakan bayaran ke atas kapal yang melalui Selat Hormuz.
ADAKAH UNCLOS DILAKSANAKAN KE ATAS NEGARA YANG BELUM MENGESAHKANNYA?
Hak laluan transit melalui Selat Hormuz kini “kukuh” dalam undang-undang antarabangsa adat, kata Wakil Tetap Singapura ke PBB, Burhan Gafoor, pada 16 April.
Oleh itu, UNCLOS terpakai walaupun kepada negara yang belum mengesahkannya, termasuk Amerika Syarikat dan Iran.
“Ia adalah hak asasi kapal dan pesawat untuk melintas tanpa kebenaran awal… Negara-negara yang bersempadan tidak boleh menghalang atau menggantung laluan transit,” katanya.
Namun Iran berpendapat ia bukan undang-undang adat, maka rejim laluan transit tidak mengikatnya.
Dr Tara Davenport dari Pusat Undang-Undang Antarabangsa Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata, sekalipun Iran tidak terikat oleh UNCLOS, undang-undang adat sebelum UNCLOS juga tidak membenarkan negara selat menghalang laluan kapal.
Beliau menambah, hak laluan transit tidak terjejas walaupun Iran, Israel dan Amerika Syarikat sedang berperang; negara tidak terlibat tetap berhak menggerakkan kapal dagang mereka, manakala pihak berperang hanya boleh menyekat kapal musuh atau yang membantu musuh secara aktif.
MENGAPA UNCLOS PENTING BAGI SG DAN NEGARA JIRANNYA?
Singapura dan negara jirannya terletak di sepanjang Selat Melaka dan Singapura, dan lebih banyak minyak maritim melalui selat-selat ini berbanding Selat Hormuz.
Sebagai ekonomi terbuka, Singapura bergantung kepada aliran perdagangan dan barangan yang bebas, termasuk yang dibawa kapal melalui laut antarabangsa.
Maka kebebasan pelayaran “amat penting” bagi Singapura, kata Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan di Parlimen pada 7 April.
Beliau menegaskan Singapura mesti berpegang kepada prinsip bahawa undang-undang antarabangsa dan UNCLOS merupakan “perlembagaan lautan”, dan tidak akan berunding tentang laluan selamat atau kadar tol di Selat Hormuz.
“Terdapat hak laluan transit - bukan keistimewaan, lesen atau tol yang perlu dibayar,” katanya.
Bagi Indonesia, UNCLOS memperakui konsep negara kepulauan, sekali gus memberi kedaulatan ke atas semua perairan di dalam garis dasar kepulauannya.
Menurut penyelidik maritim Dita Liliansa, mengenakan tol di Selat Melaka akan melanggar UNCLOS dan menjejas asas undang-undang Indonesia sendiri.
SEJAUH MASA UNCLOS BERKESAN?
Dr Davenport mengakui kekangan UNCLOS serupa dengan undang-undang antarabangsa lain -pelaksanaannya bergantung pada negara, yang mempunyai kepentingan nasional berbeza.
Namun beliau menyifatkannya “cukup berkesan”, dengan mekanisme huraian pertikaian wajib.
Sebuah negara boleh secara sepihak memulakan prosiding terhadap negara lain, dan kedua-duanya boleh memilih Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Tribunal Undang-Undang Laut Antarabangsa atau timbang tara.
Banyak kes diselesaikan, termasuk pertikaian penambakan tanah antara Singapura dan Malaysia.
Bazul Ashhab dari firma guaman Oon & Bazul berkata UNCLOS lebih berfungsi sebagai rangka menetapkan norma daripada menguatkuasakan sepenuhnya, kerana hasilnya sering dipengaruhi pertimbangan geopolitik lebih luas. Meskipun tidak sempurna, ia kekal teras kestabilan dan kepastian perdagangan global.
Dr Davenport menegaskan negara-negara harus bersuara menyokong UNCLOS. “Pada saat prinsip asas undang-undang antarabangsa tertekan di banyak penjuru, kesediaan kolektif negara mempertahankannya bukan sekadar kesopanan diplomatik - itulah yang mengekalkan peraturan ini.”

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.