jelasBERITA: Apa itu Selat Hormuz? Bolehkah Iran sekat?
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz, 21 Dis 2018. (Gambar: REUTERS/Hamad I Mohammed)
IRAN: Amerika Syarikat mengebom tiga tapak nuklear utama Iran. Ini membuat konflik di Timur Tengah bulan ini semakin teruk. Tehran menegaskan ia akan menggunakan semua cara untuk mempertahankan diri.
Langkah Amerika Syarikat itu mencetuskan spekulasi bahawa kepimpinan Iran mungkin akan menggunakan cara lain untuk menekan musuhnya agar berlembut – iaitu menyekat atau menutup sepenuhnya Selat Hormuz kepada perkapalan.
Laluan air sempit di muara Teluk Parsi itu mengendalikan kira-kira seperempat daripada perdagangan minyak melalui laut dunia.
Jadi, jika Iran mampu menghalang akses kepada kapal tangki gergasi yang mengangkut minyak dan gas ke China, Eropah, dan wilayah pengguna tenaga utama lain, ia akan melonjakkan harga minyak dan berpotensi menggugat kestabilan ekonomi global.
Iran pernah menyasarkan kapal dagang yang melintasi titik sempit ini pada masa lalu, dan mengancam untuk menyekat selat tersebut sepanjang tahun.
Sebelum serangan Amerika Syarikat, perkapalan minyak dari rantau itu dan Hormuz, secara relatif tidak terjejas dek konflik tersebut.
Penghantaran dari Iran sendiri sudah melonjak, dan aktiviti kapal tangki minyak melalui Selat Hormuz kekal stabil. Sungguhpun demikian, Kementerian Perkapalan Greece pada Ahad menasihatkan pemilik kapal negara itu supaya mengkaji semula penggunaan selat tersebut.
DI MANA LETAKNYA SELAT HORMUZ?
Laluan air itu menghubungkan Teluk Parsi ke Lautan Hindi, dengan Iran di utara dan Amiriah Arab Bersatu serta Oman di selatan. Ia adalah sepanjang kira-kira 161km dan selebar 33.8km pada titik tersempitnya, dengan laluan perkapalan di setiap arah hanya 3.2km lebar.
Kedalamannya yang cetek menjadikan kapal-kapal berpotensi terdedah kepada ranjau, dan jarak dekatnya dengan darat – Iran, khususnya – mendedahkan kapal kepada serangan peluru berpandu dari pantai atau pemintasan oleh bot peronda dan helikopter.
Selat itu penting kepada perdagangan minyak global. Kapal tangki mengangkut kira-kira 16.5 juta tong minyak mentah dan peluwap sehari dari Arab Saudi, Iraq, Kuwait, Amiriah Arab Bersatu, dan Iran melalui selat itu pada tahun 2024, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg.
Selat itu juga penting untuk gas asli cecair, atau LNG, dengan lebih seperlima bekalan dunia – kebanyakannya dari Qatar – melalui selat tersebut dalam tempoh yang sama.
BOLEHKAH IRAN BENAR-BENAR SEKAT SELAT HORMUZ?
Iran tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mengarahkan agar lalu lintas melalui Hormuz dihentikan, jadi ia perlu mencapainya melalui kekerasan atau ancaman kekerasan.
Jika tenteranya cuba menghalang kemasukan ke selat itu, ia kemungkinan besar akan mendapat tindak balas yang kuat dari Armada Kelima Amerika Syarikat dan tentera laut Barat lain yang meronda di kawasan itu.
Tetapi ia boleh menyebabkan gangguan teruk tanpa satu pun kapal perang Iran meninggalkan pelabuhan. Salah satu pilihan adalah mengganggu perkapalan dengan bot peronda kecil dan laju. Atau Iran boleh melancarkan dron dan menembak peluru berpandu ke arah kapal dari pantai atau kawasan pedalaman. Ini boleh menjadikan keadaan terlalu berisiko untuk kapal komersil melintas.
Taktik serupa berjaya digunakan oleh militia Houthi di Yaman untuk mengganggu lalu lintas melalui Selat Bab el-Mandeb yang menuju ke Laut Merah di sisi lain Semenanjung Arab.
Houthi kebanyakannya menembak peluru berpandu dan dron ke arah kapal selepas memberi amaran kepada pemilik kapal yang dikaitkan dengan Amerika Syarikat, Britain, dan Israel bahawa mereka akan diserang jika mereka mendekati kawasan itu.
Pasukan pimpinan Amerika Syarikat di Laut Merah sedang berusaha melindungi perkapalan di sana. Tetapi bilangan kapal yang berlayar melalui Laut Merah dan Teluk Aden masih kurang kira-kira 70 peratus pada bulan Jun berbanding purata tahap 2022 dan 2023, menurut Clarkson Research Services Ltd, iaitu unit syarikat broker kapal terbesar di dunia.
Ini memaksa pengendali kapal untuk mengubah laluan mereka mengelilingi hujung selatan Afrika dan bukannya melalui Terusan Suez – perjalanan yang lebih panjang dan mahal bagi kapal yang bergerak antara Asia dengan Eropah.
Menutup Selat Hormuz akan dengan cepat menjejas ekonomi Iran sendiri kerana tindakan itu akan menghalang Iran daripada mengeksport minyaknya. Dan ia akan menimbulkan kemarahan China, yang merupakan pembeli terbesar minyak Iran dan rakan penting yang menggunakan kuasa vetonya di Majlis Keselamatan PBB untuk melindungi Iran daripada sekatan atau ketetapan pimpinan Barat.
IRAN PERNAH GANGGU PERKAPALAN?
Iran pernah mengambil tindakan mengganggu kapal di Teluk selama beberapa dekad untuk menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap sekatan ke atas negaranya, atau sebagai alat tawar-menawar dalam pertikaian.
Pada April 2024, beberapa jam sebelum melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran merampas sebuah kapal kontena yang dikaitkan dengan Israel berhampiran Selat Hormuz. Iran membebaskan kru kapal itu pada bulan berikutnya, menurut penerbitan perdagangan Lloyd’s List. Tehran mendakwa MSC Aries melanggar peraturan maritim, tetapi menurut para penganalisis sebabnya adalah kerana pemilik kapal itu ada kaitan dengan Israel.
Apabila ia merampas sebuah kapal tangki yang menuju ke Amerika Syarikat pada April 2023, Iran berkata kapal itu melanggar kapal lain. Namun langkah itu kelihatan sebagai tindakan balas terhadap rampasan sebuah kapal yang sarat dengan minyak mentah Iran di luar pantai Malaysia oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat atas alasan pelanggaran sekatan.
Pada Mei 2022, Iran merampas dua kapal tangki Greece dan menahannya selama enam bulan, mungkin sebagai tindak balas kepada penyitaan minyak Iran di kapal lain oleh pihak berkuasa Greece dan Amerika Syarikat. Kargo itu akhirnya dibebaskan dan kapal tangki Greece dilepaskan. Begitu juga, minyak di sebuah kapal tangki yang dikatakan Iran dirampas pada Januari "sebagai tindakan balas terhadap kecurian minyak oleh Amerika Syarikat".
PERNAHKAH IRAN TUTUP SELAT HORMUZ?
Belum pernah. Semasa perang 1980-88 antara Iraq dengan Iran, tentera Iraq menyerang sebuah terminal eksport minyak di Pulau Kharg, barat laut selat itu, sebahagiannya untuk mencetuskan tindakan balas Iran yang akan menarik Amerika Syarikat ke dalam konflik.
Selepas itu, dalam apa yang disebut Perang Kapal Tangki, kedua-dua pihak menyerang 451 kapal antara mereka. Itu dengan ketara meningkatkan kos insurans kapal tangki dan membantu menaikkan harga minyak. Apabila sekatan dikenakan ke atas Iran pada 2011, ia mengancam untuk menutup selat itu, tetapi akhirnya mengalah.
Komodor Alireza Tangsiri, ketua pasukan tentera laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran, berkata tidak lama sebelum rampasan MSC Aries bahawa Iran mempunyai pilihan untuk mengganggu lalu lintas melalui Selat Hormuz, tetapi memilih untuk tidak berbuat demikian.
BAGAIMANA RESPONS AMERIKA DAN SEKUTU TERHADAP ANCAMAN BERKAIT SELAT HORMUZ PADA MASA LALU?
Semasa Perang Kapal Tangki, Tentera Laut Amerika Syarikat terpaksa mengiringi kapal melalui Teluk. Pada 2019, ia menghantar sebuah kapal induk pesawat dan pengebom B-52 ke rantau itu. Pada tahun yang sama, Amerika Syarikat memulakan Operasi Sentinel sebagai tindak balas kepada gangguan perkapalan oleh Iran.
Sepuluh negara lain – termasuk Britain, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu, dan Bahrain – kemudian menyertai operasi itu, yang kini dikenali sebagai Rangka Kerja Keselamatan Maritim Antarabangsa.
Sejak hujung 2023, sebahagian besar tumpuan perlindungan perkapalan beralih dari Selat Hormuz dan ke selatan Laut Merah, laluan air penting lain di rantau itu, dan Selat Bab el-Mandeb yang menghubungkannya ke Teluk Aden dan Lautan Hindi. Serangan oleh Houthi yang disokong Iran terhadap perkapalan yang masuk atau keluar Laut Merah menjadi kebimbangan yang lebih besar daripada Selat Hormuz.
SIAPA YANG PALING BERGANTUNG PADA SELAT HORMUZ?
Arab Saudi mengeksport minyak paling banyak melalui Selat Hormuz, walaupun ia boleh mengalihkan penghantaran ke Eropah dengan menggunakan saluran paip sepanjang 1,229km merentasi kerajaan itu ke sebuah terminal di Laut Merah, membolehkannya mengelakkan kedua-dua Selat Hormuz dan selatan Laut Merah.
UAE boleh mengeksport sebahagian minyak mentahnya tanpa bergantung pada selat itu, dengan menghantar 1.5 juta tong sehari melalui saluran paip dari medan minyaknya ke pelabuhan Fujairah di Teluk Oman di selatan Hormuz.
Dengan saluran paip minyaknya ke Mediterranean ditutup, semua eksport minyak Iraq kini dihantar melalui laut dari pelabuhan Basra, melalui selat itu, menjadikannya sangat bergantung pada laluan bebas. Kuwait, Qatar dan Bahrain tidak mempunyai pilihan selain menghantar minyak mereka melalui laluan air itu. Kebanyakan minyak yang melalui Selat Hormuz menuju ke Asia.
Iran juga bergantung pada persinggahan melalui Selat Hormuz bagi eksport minyaknya. Ia mempunyai terminal eksport di Jask, di hujung timur selat itu, yang dibuka secara rasmi pada Julai 2021.
Kemudahan itu menawarkan Tehran cara untuk mendapatkan sedikit minyaknya ke dunia tanpa menggunakan laluan air itu dan tangki penyimpanannya perlahan-lahan dipenuhi dengan minyak mentah akhir tahun lepas.

Sumber : Agensi berita/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.