jelasBERITA: Adakah Pilihan Raya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan jamin ketelusan, bebas pengaruh asing?
Pengarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali mahu rasional pelaksanaan pilihan raya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat melangkaui isu kaum; dikotomi Melayu dan bukan Melayu.
Anggaran Waktu Membaca:
PM Anwar Ibrahim berucap di parlimen dalam gambar yang dimuat naik ke Facebook pada 27 Jan 2026. (Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
KUALA LUMPUR: Pengarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali mahu rasional pelaksanaan pilihan raya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilihat melangkaui isu kaum; dikotomi Melayu dan bukan Melayu.
Sebaliknya beliau mahu isu-isu berkaitan integriti pentadbiran yang dipilih secara demokratik menjadi naratif yang diberikan keutamaan.
“DBKL dengan aset besar dan projek banyak. Adakah ahli politik yang terpilih nanti boleh dikawal oleh mafia atau kumpulan-kumpulan seperti yang ditonjolkan dalam filem Hollywood. Ini kebimbangan yang disuarakan oleh pertubuhan sivil sendiri.
PEMILIHAN DATUK BANDAR
“Adakah apabila Datuk Bandar dipilih secara demokratik, bagaimana kedudukannya dengan Menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan?
“Saya simpulkan isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini bukan setakat soal naratif dikotomi Melayu dan bukan Melayu, bahkan berkait dengan isu pengurusan dan kecekapan berbanding dengan sistem sedia ada,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu (4 Feb).
Dr Mazlan turut berkongsi dapatan daripada perbincangan meja bulat disertainya yang mencadangkan agar pilihan raya seumpama itu tidak dilaksanakan, sebaliknya pelantikan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibuat menerusi pelantikan parlimen.
LANTIK DATUK BANDAR MELALUI PELANTIKAN PARLIMEN
Menurutnya, kaedah itu akan menyelesaikan polemik politik yang berpanjangan dan berlebihan seperti yang timbul ketika ini.
Dalam temu bual sama, Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof Wong Chin Huat pula berkata, pemilihan itu akan memberi kelebihan kepada rakyat terbanyak dan pada masa yang sama tidak menjejaskan institusi Agong.
“Saya hendak tegaskan jika kita pilih (pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur) melalui demokrasi berpresiden iaitu pemilihan langsung Datuk Bandar, ia sama sekali tidak akan menjejaskan institusi Raja Berperlembagaan.
“Ini kerana ini sistem yang digunakan di Britain, Jepun dan sebagainya. Pemilihan ketua eksekutif secara langsung adalah untuk membolehkan dia mendapat mandat yang besar untuk membangunkan bandar raya,” katanya seperti dinukil dalam laporan Astro AWANI.
KAJIAN LANJUT SEDANG DIJALANKAN
Sebagai konteks, pada Isnin (2 Feb), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata kajian sedang dijalankan berkaitan pelaksanaan PBT di ibu kota, termasuk pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Beliau berkata, kajian itu dijalankan sejak Disember lalu selepas Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian dikemukakan Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan pada November 2025 untuk meminda Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 bagi melaksanakan reformasi tadbir urus Kuala Lumpur.
Menurutnya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sudah memulakan kajian itu pada hujung tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.