Jejantas roboh di Mumbai: 6 maut dan 30 yang lain cedera
Di India, enam orang terbunuh dan sekitar 30 yang lain cedera selepas sebahagian jejantas roboh di bandar Mumbai.

MUMBAI: Di India, enam orang terbunuh dan sekitar 30 yang lain cedera selepas sebahagian jejantas roboh di bandar Mumbai.
Kejadian berlaku berhampiran salah satu stesen kereta api paling sibuk di Mumbai.
Kawasan itu sedang sibuk dengan orang ramai yang dalam perjalanan pulang.
Laporan media mengatakan jambatan itu sesak semasa kejadian.
Stesen tersebut mengendalikan ratusan ribu orang penumpang setiap hari.
Ini merupakan tragedi ketiga melibatkan jambatan di Mumbai dalam masa dua tahun.
Pada 2017, lebih 20 orang terbunuh dan ratusan yang lain cedera dalam kejadian rempuhan di jambatan stesen Elphinstone, juga di Mumbai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.