Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jeddah catat suhu 48 darjah Selsius, paling panas di Saudi

Anggaran Waktu Membaca:

JEDDAH: Bahagian barat Makkah, Jeddah, melaporkan suhu tertinggi di seluruh Arab Saudi pada Ahad (15 Mei), dengan mencatat 48.3 darjah Selsius, manakala tapak suci Arafat di Makkah menyusuli dengan 47.5 darjah Selsius. 

Demikian menurut kenyataan Pusat Meteorologi Nasional Arab Saudi (NCM) yang dipetik agensi berita Saudi Gazette. 

Jeddah mencatatkan suhu ekstrim tersebut sebelum musim panas bermula pada Jun nanti. 

Menurut tanda pagar #Jeddah_Now yang tular di Twitter, ramai warga net memuat naik beberapa rakaman video dan gambar mengenai cuaca di Jeddah pada Ahad (15 Mei). 

Antara rakaman video yang paling banyak ditonton menunjukkan beberapa kereta diletakkan di tepi jalan. Warga net yang merakam video itu berkata ini berkaitan dengan jumlah merkuri yang tinggi dan pemandu tidak boleh memandu kereta dalam keadaan cuaca tersebut. 

Pada masa yang sama, NCM menjangkakan cuaca panas ekstrim di daerah Makkah dan Madinah. 

NCM juga meramalkan angin pada permukaan yang akan menyebabkan jarak penglihatan hampir sifar di daerah Tabuk, Al Jouf dan Daerah Sempadan Utara dengan ribut pasir berterusan di daerah-daerah seperti Wilayah Timur dan Riyadh serta daerah-daerah utara, dan beberapa daerah di Makkah dan Madinah. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan