Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

JAWI siasat video wanita hina agama Islam di kelab

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Malaysia menjalankan siasatan awal berhubung satu klip video tular, disyaki menghina agama Islam baru-baru ini, yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur.

Anggaran Waktu Membaca:
JAWI siasat video wanita hina agama Islam di kelab

(Gambar hiasan: Mark Angelo Sampan/pexels)

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Malaysia menjalankan siasatan awal berhubung satu klip video tular, disyaki menghina agama Islam baru-baru ini, yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur. 

Pengarah JAWI Mohd Ajib Ismail berkata pihaknya mengambil maklum tentang video tular berkenaan dan siasatan awal telahpun dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

Di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), mana-mana individu yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan cara-cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ngajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam merupakan satu kesalahan yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 (S$950) atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali. 

Encik Mohd Ajib berkata kepada Bernama ketika dihubungi pada Sabtu (9 Jul) bahawa JAWI tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam yang berlaku di Wilayah Persekutuan khususnya menjelang ketibaan Aidiladha yang mulia.

Video berdurasi 54 saat itu tular di media sosial dan mendapat pelbagai komen dalam kalangan netizen apabila seorang wanita yang bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya sudahpun menghafaz 15 juzuk Al-Quran lalu menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang menjolok mata.

Perbuatannya itu telah mendapat sorakan dan gelak tawa dalam kalangan penonton kelab berkenaan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan