Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

JAWI keluarkan semula surat perakuan nikah yang musnah, hilang akibat banjir

Mangsa banjir yang kehilangan surat perakuan nikah dan dokumen Sijil Kursus Praperkahwinan boleh memohon semula mendapatkan dokumen penting berkenaan dengan bantuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Anggaran Waktu Membaca:
JAWI keluarkan semula surat perakuan nikah yang musnah, hilang akibat banjir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Idris Ahmad.

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir yang kehilangan surat perakuan nikah dan dokumen Sijil Kursus Praperkahwinan boleh memohon semula mendapatkan dokumen penting berkenaan dengan bantuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata bagi mangsa yang bernikah di Wilayah Persekutuan, surat perakuan nikah yang musnah atau hilang boleh didapati semula secara percuma.

"Begitu juga dokumen Sijil Kursus Praperkahwinan kepada bakal pengantin yang dianjurkan JAWI di Wilayah Persekutuan, mangsa banjir boleh memohon semula sijil berkenaan secara percuma," katanya dalam satu kenyataan hari ini (25 Dis).

Encik Idris berkata bagi mangsa banjir dalam kalangan lulusan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga boleh memohon semula sijil atau diploma pengajian yang musnah akibat musibah banjir.

Beliau menambah permohonan untuk mendapatkan semula dokumen tersebut tidak perlu secara tergesa-gesa dan boleh berurusan terus dengan agensi Jakim dan JAWI.

"Ini adalah usaha agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membantu meringankan beban mangsa banjir," ujarnya.

Musibah banjir melanda beberapa negeri sejak Sabtu lalu, setakat ini mengorbankan 46 nyawa, sementara lima lagi masih hilang.

Ia turut menyaksikan kemusnahan serta kerosakan harta benda termasuk rumah dan kenderaan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan