Skip to main content

Dunia

Jawatankuasa semakan bebas ditubuh siasat punca kegelisahan sosial di Hong Kong

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengakui bahawa kekalahan teruk kumpulan calon pro-pemerintah dalam Pilihan Raya Majlis Daerah kelmarin mencerminkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara pemerintahnya menangani kegelisahan politik di wilayah khas China itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jawatankuasa semakan bebas ditubuh siasat punca kegelisahan sosial di Hong Kong

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2019 04:49PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 04:53PM

HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengakui bahawa kekalahan teruk kumpulan calon pro-pemerintah dalam Pilihan Raya Majlis Daerah kelmarin mencerminkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap cara pemerintahnya menangani kegelisahan politik di wilayah khas China itu.

Bercakap kepada media buat pertama kalinya selepas pilihan raya Ahad lalu, Cik Lam mengucapkan terima kasih kepada para penduduk Hong Kong kerana pengundian berjalan dengan aman.

Beliau berharap keadaan tenang itu juga menjadi petanda bahawa rakyat menentang keganasan.

Cik Lam turut mendedahkan rancangan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa semakan bebas bagi menyiasat punca-punca yang mencetuskan kegelisahan sosial dan menyarankan huraiannya yang perlu dilaksanakan pemerintah.

"Ramai orang yang keluar mengundi mungkin melakukannya bukan sahaja untuk memilih para wakil Majlis Daerah tetapi juga untuk menzahirkan pandangan mereka tentang banyak isu dalam masyarakat.

"Ini termasuk kekurangan-kekurangan pemerintah, termasuk rasa tidak puas hati tentang masa yang diambil pemerintah untuk menangani keadaan yang bergolak sekarang dan menamatkan keganasan. Kami akan meneliti dengan serius semua pandangan itu dan memperbaiki kerja kami pada masa depan," ujar Cik Carrie Lam. 

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita