Jawatankuasa pilihan raya urus rundingan kerjasama PH-BN bagi PRN Melaka: PM Anwar
Anggaran Waktu Membaca:
Encik Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan. (Gambar fail: Bernama)
- Pakatan Harapan dan Barisan Nasional akan mengadakan perbincangan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka melalui jawatankuasa pilihan raya masing-masing.
- Anwar Ibrahim menyatakan Amirudin Shari dan Saifuddin Nasution Ismail akan menguruskan perbincangan bagi pihak PH.
- Saifuddin tidak menolak kemungkinan bertemu Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh, selepas beliau pulang dari New Zealand untuk membincangkan kerjasama.
- Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, turut membuka ruang rundingan pengagihan kerusi secara jujur dan ikhlas antara kedua-dua gabungan.
KUALA LUMPUR: Sebarang perbincangan mengenai kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dikendalikan oleh jawatankuasa pilihan raya kedua-dua gabungan berkenaan.
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan.
Menurut beliau, Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail akan menguruskan perbincangan tersebut.
“Itu memang jawatankuasa pilihan raya yang bincang seperti biasa.
“Kita ada Amirudin dan Saifuddin untuk bincang,” katanya ringkas ketika ditemui wartawan pada Rabu (19 Ogos).
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perbincangan antara PH dengan BN mengenai kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka sudah bermula.
Sebelum itu, Encik Saifuddin dilaporkan tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh bagi membincangkan kerjasama menjelang pilihan raya negeri tersebut.
Encik Saifuddin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, perbincangan tersebut berkemungkinan diadakan selepas Encik Ab Rauf pulang daripada lawatan kerja di New Zealand.
Sebelum ini, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi turut memaklumkan bahawa gabungan itu masih membuka ruang rundingan berhubung pengagihan kerusi bagi PRN Melaka, termasuk pertukaran kawasan, selagi ia dilakukan secara jujur dan ikhlas.

Sumber : Bernama/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.