Skip to main content

Dunia

Jawatankuasa pilihan khas adakan mesyuarat pada 19 Jan, bincang isu saham Azam Baki

Satu mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri akan diadakan pada 19 Januari ini bagi membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki.

Anggaran Waktu Membaca:
Jawatankuasa pilihan khas adakan mesyuarat pada 19 Jan, bincang isu saham Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri akan diadakan pada 19 Januari ini bagi membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki.

Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong, yang juga ahli jawatankuasa itu, ketika mengesahkan perkara tersebut berkata beliau menerima pekeliling mengenai mesyuarat berkenaan daripada Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin, pada Rabu (12 Jan).

Encik Khoo berkata beliau bersama tiga lagi ahli jawatankuasa itu sudahpun menulis surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat untuk meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, supaya mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan isu tersebut.

"Setiausaha kemudian memaklumkan bahawa Menteri telah memberikan maklum balas dan langkah seterusnya ialah mesyuarat akan diadakan pada 19 Jan ini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Beliau berharap Encik Azam dapat hadir untuk menjelaskan sendiri isu itu kepada jawatankuasa tersebut.

Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai-PAS) dan turut dianggotai Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak-UMNO),Mohd Nizar Zakaria (Parit-UMNO), Anyi Ngau (Baram-Gabungan Parti Sarawak), Shaharizukirnain Abd Kadir (Setiu-PAS), William Leong Jee Keen (Selayang-PKR) dan Mohd Azis Jamman (Sepanggar-Warisan).

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita