Jawatankuasa baru persatuan bola sepak Indonesia ikrar rombak ekosistem
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail Encik Erick Thohir berucap di forum media di Jakarta pada 17 Nov 2017. (Gambar: AFP/Goh Chai Hin)
JAKARTA: Jawatankuasa persatuan bola sepak Indonesia yang baru menyatakan ikrar pada Isnin (20 Feb) untuk merombak ekosistem sukan itu di negara tersebut.
Ini selang beberapa bulan selepas negara itu mengalami salah satu tragedi rempuhan stadium terburuk di dunia.
Ketua Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) Erick Thohir dan anggota persatuannya mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Joko Widodo buat kali pertama hari ini selepas dilantik pada Khamis lalu (16 Feb).
Encik Thohir berkata pemerintah Indonesia bersedia menyokong jawatankuasa itu untuk mengubah landskap bola sepak negara itu yang dibelenggu dengan masalah penyokong yang bertindak ganas, amalan mengatur keputusan perlawanan serta isu prasarana dan stadium yang lemah.
Menurutnya lagi, satu pelan tindakan akan dilakarkan bagi jangka sederhana dan jangka panjang.
Selain itu, pihaknya juga merancang untuk membangunkan kem-kem latihan bagi memupuk bakat dan membina padang bola sepak bagi perlawanan antarabangsa.
Indonesia bakal mengadakan Piala Dunia FIFA Bawah 20 Tahun, pada Mei dan Jun depan.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.