Jawatan pengerusi PN tidak jamin jadi calon PM: Muhyiddin
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Pelantikan Naib Presiden Parti Se-Islam Malaysia (PAS), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bukan jaminan Menteri Besar Terengganu itu dijadikan sebagai calon Perdana Menteri.
Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin, berkata isu calon pemimpin yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri jika PN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kelak adalah perkara berbeza dengan lantikan pengerusi gabungan itu.
Malah, mantan Perdana Menteri itu berkata, soal calon Perdana Menteri daripada PN juga belum dibincangkan lagi bersama parti rakan komponen, PAS.
"Ini lantikan sebagai Pengerusi PN bukan calon Perdana Menteri. Saya memetik kenyataan Tuan Ibrahim (Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man) yang ada sebut bahawa ini untuk Pengerusi PN.
"Kalau hendak bercakap soal calon bagi Perdana Menteri itu isu lain.
"Itu tidak dibincangkan lagi... bila berbangkit mengenainya pernah saya dicalonkan (sebagai Perdana Menteri) pimpinan PAS kata, tidak... kita tidak mahu bincangkan soal itu lagi... jadi, saya fikir pendirian itu masih kekal," katanya kepada media di Ibu Pejabat BERSATU, pada Selasa (3 Mac).
Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN yang diadakan pada 22 Februari lalu, memutuskan Ahmad Samsuri dilantik sebagai Pengerusi PN baharu menggantikan Muhyiddin menyusuli peletakan jawatannya pada 30 Disember 2025.
Encik Muhyiddin berkata, pihaknya melihat jawatan pengerusi PN perlu ditampilkan daripada pemimpin yang lebih 'senior' dengan pendirian BERSATU sendiri sebelum ini juga mahu presiden parti yang diangkat mentadbir gabungan itu.
Beliau berkata, pihaknya menghormati ketegasan PAS yang mahu mengangkat Encik Ahmad Samsuri mengetuai gabungan itu.
"Pandangan parti sewajarnya tempat itu diisi presiden, tetapi perlembagaan PN tiada syarat itu, ia cuma kata... kalau hendak jadi pengerusi PN kena lebih 'senior', takkan 'junior'," katanya.
Sementara itu, Encik Muhyiddin tidak akan bekerjasama dengan mantan Timbalan Presiden BERSATU, Hamzah Zainudin dalam tempoh terdekat ini kerana beliau sudah tidak mempercayai ahli politik itu.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau sendiri akan menolak jika Encik Hamzah bersama parti baharu mahu menyertai PN.
Ini kerana, katanya, hak menerima keahlian dalam PN bukannya datang daripada satu pihak sahaja, sebaliknya dengan persetujuan parti komponen.
Dalam perkembangan lain, Encik Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan menongkat langit dengan mentadbir BERSATU selama-lamanya dan bersedia menyerahkan kepada pimpinan muda, tidak berapa lama lagi.
Beliau berkata, pihaknya melihat BERSATU mempunyai barisan pelapis yang mencukupi termasuk Naib Presiden BERSATU, Dr Mohd Radzi Jidin dan Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung, Mohamed Azmin Ali; Ketua ARMADA, Muhammad Hilman Idham dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr Afif Bahardin.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.