Jawa Tengah dijangka medan pertarungan sengit; bentuk 14% undi seluruh Indonesia
Anggaran Waktu Membaca:
SEMARANG: Sudah lama Jawa Tengah menjadi kubu kuat Partai Demokrasi Indonesia – Perjuangan (PDI-P).
Dengan perpecahan Presiden Joko Widodo daripada PDI-P, serta penglibatan anaknya Gibran Rakabuming Raka sebagai calon naib presiden, Jawa Tengah kini tidak lagi bersatu di bawah PDI-P.
Dalam persaingan politik, Jawa Tengah adalah antara medan pertarungan cukup hebat, di belakang Jawa Barat dan Jawa Timur.
Terdapat lebih 28 juta pengundi di wilayah itu – menyumbang sekitar 14 peratus daripada jumlah undi dari seluruh negara.
Di sini, 77 kerusi parlimen peringkat nasional menjadi taruhan.
Sehingga 18 parti politik bertanding di wilayah ini termasuk parti baharu, Partai Solidaritas – yang memberi tumpuan kepada belia, kesamarataan jantina dan pluralisme.
Mengulas mengenai peranan Jawa Tengah menjelang pilihan raya itu, Encik Andy Budiman, calon anggota parlimen berkata: "Jawa Tengah ini, boleh dianggap memaparkan Indonesia. Ia mewakili Indonesia yang berbilang kaum, berbilang agama, keberagaman Indonesia. Dan karena itu ia memiliki nilai yang sangat strategis bagi Indonesia. Dan ini harus dijaga."
Sejak sedekad lalu, digitalisasi dan perubahan birokrasi menjadi tumpuan Encik Ganjar Pranowo, yang berkhidmat selama dua penggal sebagai gabenor Jawa Tengah.
Antara pengiktirafan yang diterima Jawa Tengah pada 2023 termasuklah Anugerah Pemerintah Inovatif dan wilayah terbaik bagi pembangunan serantau.
"Beliau tubuhkan e-pemerintah di peringkat wilayah Jawa Tengah. Jadi orang ramai kini boleh akses dengan mudah khidmat pemerintah secara online serta wadah digital.Ini saya fikir merupakan salah satu terobosan beliau semasa menjadi Gabenor Jawa Tengah," kata Encik Ghulam Manar, seorang pensyarah Universiti Diponegoro.
Maka tidak hairanlah Jawa Tengah menjadi kubu kuat pasangan Ganjar-Mahfud.
Tinjauan baru-baru ini menunjukkan mereka bertarung sengit dengan pasangan Prabowo-Gibran di sini, sementara pasangan Anies-Muhaimin tercorot di bawah.
Namun demikian, 34 peratus pengundi yang masih berdiri di atas pagar, boleh menjadi penentu.
Bagi para peniaga tempatan pula, jika ada calon yang boleh mengekalkan keharmonian sosial, calon itulah yang akan menjadi pilihan mereka.
"Di Semarang, terdapat tiga pemegang taruhan utama.Masyarakat Cina, penganut Islam dan Jawa. Jika anda bertanya tentang aspirasi orang China, khususnya para pengusaha, kami ingin kestabilan dan keselamatan," jelas Harjano Halim, seorang peniaga dan budayawan.
Dengan pilihan raya semakin hampir, kumpulan minoriti dan pengundi yang masih di atas pagar, mungkin menjadi kunci kepada pemenangnya nanti.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.