Jawa Barat pastikan peraturan bangunan tahan gempa dilaksanakan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
BANDUNG: Pentadbiran Jawa Barat menyemak semula pelaksanaan peraturan berhubung pembinaan bangunan tahan gempa di daerah dan bandar merata wilayah itu.
Langkah itu dalam usaha membendung risiko apabila berlaku gempa bumi yang dahsyat.
Gabenor Jawa Barat M Ridwan Kamil berkata pemerintah wilayah akan memeriksa sama ada pemerintah daerah dan bandar telah melaksanakan peraturan yang mewajibkan pembinaan bangunan dengan struktur tahan gempa.
Menurut beliau, gempa bumi yang melanda Cianjur pada November 2022 dan Turki, Isnin lalu (6 Feb) perlu diambil sebagai iktibar penting.
Ia khususnya, mengenai peri pentingnya peraturan berhubung pembinaan bangunan bagi mengurangkan kesan gempa bumi.
Bangunan-bangunan di Cianjur hanya satu tingkat manakala bangunan di Turki mencakar langit, memburukkan lagi kesan gempa bumi.
Beliau menambah bahawa ia sekali gus meningkatkan kesan gempa bumi berkenaan.
Sehubungan itu, gabenor tersebut menggesa syarikat-syarikat Hartanah Indonesia (REI) supaya membina struktur tahan gempa.

Sumber : AGENCIES/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.