Skip to main content

Dunia

Jawa Barat medan persaingan penting dengan 36 juta pengundi berdaftar

Anggaran Waktu Membaca:
Jawa Barat medan persaingan penting dengan 36 juta pengundi berdaftar

Sekitar suasana di rapat kempen pilihan raya Ganjar Pranowo di Jawa Tengah pada 10 Feb 2024. (Gambar: Juni Kriswanto/AFP)

INDONESIA: Pemimpin yang berupaya menjaga keamanan memakmurkan ekonomi nampaknya ciri-ciri penting penduduk Jawa Barat, bagi presiden baharu Indonesia.

Jawa Barat merupakan wilayah Indonesia yang paling padat penduduk. Ia tempat tinggal kepada sekitar 50 juta penduduk dan mempunyai jumlah tertinggi pengundi berdaftar - hampir 36 juta.

Ini sekaligus menjadikannya kawasan 'panas' bagi persaingan dalam pilihan raya.

"Pemimpin yang saya inginkan yang sedar akan tiga hal: Sedar kedudukan, sedar keadaan, sedar situasi," kongsi seorang penduduk semasa ditemui Mediacorp.

"Ekonominya harus boleh menstabilkan dan boleh membuka lapangan kerja sebanyak-banyaknya untuk warga Jawa Barat."

Menurut para pemerhati, sebagai wilayah yang mempunyai jumlah pengundi yang tertinggi, Jawa Barat juga unik dari segi kerencaman sokongan yang luas kepada parti-parti politik.

Jumlah pengundi berdaftar turut terus bertambah, meningkat sebanyak tiga juta sejak tahun 2014.

Jawa Barat merupakan kubu kuat Prabowo Subianto dalam dua pilihan raya lalu. Kali ini, beliau berazam untuk meningkatkan lagi sokongan yang diraih.

"Melihat tinjauannya, kita mendahului, sasarannya mudah-mudahan mencapai 60 peratus. Kalau Jawa Barat boleh 60 peratus, satu pusingan saja sangat mungkin," kata Ketua Pasukan Kempen Prabowo-Gibran (Jawa Barat), Ridwan Kamil.

Setiap calon ingin memikat para pengundi Jawa Barat dan terdapat satu golongan pengundi yang membuat para calon berasa yakin - mereka yang berada di atas pagar.

"Kini detik yang sangat kritikal. Kami ingin mendapatkan mereka yang belum pasti, pengundi di atas pagar, serta untuk mereka kembali kepada kami," ujar Ketua Pasukan Kempen Ganjar-Mahfud, Encik Arsjad Rasyid.

Namun ada yang berkata, memenangi undi popular di Jawa Barat, tidak secara automatik menandakan kemenangan dalam pilihan raya.

"Jadi kadang-kadang yang kita hadapi itu, pengundi memilih bukan pakai logik, tetapi emosi. Jadi ini yang harus kita geser, bahawa mereka juga harus memilih dengan hati nurani, akal sihat," ulas Ketua Pasukan Kempen Anies-Muhaimin (Jawa Barat), Haru Suandharu.

"Ramai pengundi Jawa Barat yang saya temui, ingin seorang pemimpin yang mengotakan apa yang dikata... serta menjadikan manifesto semasa berkempen satu kenyataan, tambah beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita