“Jauhilah sifat hasad dengki": Amaran Sultan Ibrahim kepada pihak yang cuba pecah belah jambatan perpaduan Bangsa Johor
Anggaran Waktu Membaca:

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. (Gambar: Bernama)
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menegaskan jangan ada pihak yang mencuba sebarang usaha untuk memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor.
“Sejak dahulu lagi, saya sentiasa menitikberatkan dan mengingatkan semua bahawa persefahaman dan hormat-menghormati antara kaum menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor, katanya sambil mengingatkan Bangsa Johor supaya menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.
“Saya memberi amaran jangan ada cubaan daripada mana-mana pihak yang mahu memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor,” titahnya, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi beliau pada Khamis (23 Mac).
Menurutnya, Bangsa Johor yang kekal harmoni dan bersatu-padu bukan sahaja menjadikan masyarakat lebih baik, malah telah membawa kemakmuran kepada negeri tersebut.
“Jauhilah sifat hasad dengki, dendam dan buruk sangka kerana ia merupakan satu penyakit berbahaya yang hanya mengundang keburukan kepada masyarakat dan negara,” titah Sultan Ibrahim.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim di atas penyaluran peruntukan besar kepada Johor pada Belanjawan 2023.
“Alhamdulillah di atas peruntukan yang diberikan dan moga hubungan baik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus diperkukuh demi kemakmuran negeri serta rakyatnya,” titah baginda.

Sumber : Bernama/SU/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.