Jasad mantan Presiden Amerika Jimmy Carter tiba di Washington; persemadian negara pada 9 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Susan Walsh/AP, Pool
WASHINGTON: Jasad mantan Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter, tiba di Washington pada Selasa (7 Jan).
Rumah Putih mengumumkan tempoh berkabung rasmi akan berlangsung selama tiga hari, yang mana jasad diletakkan di Dewan Kongres Amerika sebelum upacara persemadian negara berlangsung di Washington National Cathedral pada Khamis.
Diiringi anggota tentera Amerika, keranda Encik Carter, yang ditutupi bendera Amerika, dibawa keluar dari pesawat Air Force One memasuki kereta jenazah dengan ukiran simbol presiden.
Konvoi itu bergerak ke Memorial Tentera Laut Amerika di Avenue Pennsylvania, di mana jenazahnya dipindahkan ke kereta jenazah yang ditarik oleh kuda untuk perarakan persemadian menuju ke Dewan Kongres Amerika.
Persemadian negara bagi Presiden Amerika ke-39 itu menghampiri tarikh menjelang upacara angkat sumpah Presiden terpilih Parti Republican, Donald Trump, yang akan menggantikan Presiden Demokrat Joe Biden.
Mendiang Encik Carter menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Plains, Georgia, dikelilingi ahli keluarga selepas berada dalam penjagaan hospis sejak 18 Feb 2023, menurut Carter Center.
Encik Carter, seorang Democrat yang berkhidmat selama satu penggal di Rumah Putih dari 1977 hingga 1981, meninggal dunia pada 29 Disember pada usia 100 tahun.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.