Jasad bekas kapten pasukan bola sepak Thailand 'Wild Boar' dibawa pulang ke pangkuan keluarga dari UK
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Pichayada Promchertchoo)
BANGKOK: Abu jasad Duangpetch ‘Dom’ Promthep, salah seorang daripada 12 pelajar sekolah lelaki yang diselamatkan dari sebuah gua yang dinaiki air banjir di utara Thailand pada 2018, dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Thailand pada Sabtu (4 Mac).
Ini menyusuli kematian dan upacara persemadiannya di United Kingdom (UK) bulan lalu.

Abu jasadnya diserahkan kepada ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok oleh Kiatisuk Senamuang, bekas penyerang dan ketua jurulatih pasukan bola sepak negara Thailand.
Pertubuhan bukan meraih untung Yayasan Zico membantu mendiang Duangpetch untuk mendapat biasiswa bagi menuntut di Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House, Leicestershire, tahun lalu.
Duangpetch, 17 tahun, ditemui tidak sedarkan diri di bilik asramanya pada 12 Februari lalu sebelum meninggal dunia beberapa hari kemudian.
Jasadnya di dibakar di Leicester pada Selasa (28 Feb). Upacara persemadian mendiang dihadiri rakan-rakan serta guru-guru sekolahnya, Encik Kiatisuk, duta Thailand ke UK Thani Thongphakdi, antara lain.
Keluarga mendiang Duangpetch dijangka membawa pulang abu jasadnya ke kampung halamannya di Chiang Rai, utara Thailand.
Menyusuli kematian Duangpetch, keluarganya merayu bantuan agar jasadnya dibawa pulang ke Thailand. Bagaimanapun, atas sebab-sebab kewangan, keluarganya meminta agar jasadnya dibakar di UK dan abunya dibawa pulang ke tanah air.
Ibu Duangpetch, Thanaporn Promthep, berkata Kuil Phra That Doi Wao akan mengadakan upacara sembahyang selama tiga hari dan dua malam sebelum melepaskan abu jasad anaknya itu di Sungai Mekong di Chiang Saen.
Duangpetch merupakan bekas kapten pasukan bola sepak Akademi Wild Boars Thailand. Beliau merupakan antara 12 pelajar lelaki yang diselamatkan dari gua Tham Luang Nang Non di wilayah utara Chiang Rai pada 2018.
Kumpulan pelajar lelaki itu difahamkan telah pergi ke gua tersebut untuk menerokanya bersama jurulatih bola sepak mereka sebelum gua berkenaan dilanda banjir, lalu menyekat laluan keluar.
Operasi mencari dan menyelamat itu melibatkan ribuan sukarelawan, pegawai, penyelam gua dan pakar dari merata dunia. Misi tersebut berakhir dengan jayanya dengan kesemua 13 individu diselamatkan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.