Jasad 3 mangsa banjir Kedah ditemui
Jenazah remaja lelaki daripada tiga sekeluarga yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air yang melanda Kampung Iboi, Kupang petang Isnin (4 Jul), ditemui pada 11.55 pagi tadi (5 Jul).
Anggaran Waktu Membaca:
BALING: Jenazah remaja lelaki daripada tiga sekeluarga yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air yang melanda Kampung Iboi, Kupang petang Isnin (4 Jul), ditemui pada 11.55 pagi tadi (5 Jul).
Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun, yang merupakan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai ditemui tidak jauh dari lokasi dua jasad yang ditemui sebelum ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata jasad mangsa ketiga ditemui kira-kira dua jam selepas penemuan dua mayat pada 9.30 pagi tadi di lokasi berhampiran.
"Mayatnya ditemukan di bawah timbunan kayu dan berjaya dikeluarkan oleh pihak kami yang kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya kepada para pemberita di lokasi kejadian banjir di Kampung Iboi, Kupang hari ini.
Menurut beliau, jasad remaja itu dalam keadaan sempurna tanpa kesan kecederaan.
Awal dari itu, dua mayat daripada tiga sekeluarga itu, Salmah Mat Akib, 53, dan menantunya, Nurul Anis Abu Hassan, 23, yang hamil empat bulan, ditemui dalam keadaan berpelukan di bawah timbunan kayu balak.
Dalam kejadian kira-kira 5.00 petang semalam, ketiga-tiga mangsa berada di dalam sebuah rumah yang kemudian dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku selepas hujan lebat berterusan selama tiga jam.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.