Skip to main content

Dunia

Jarum dalam strawberi merebak ke pasar raya New Zealand

Sebuah pasar raya New Zealand mengeluarkan kenyataan bahawa jarum ditemui dalam sebuah kotak berisi strawberi yang diimport dari wilayah Australia Barat di salah satu cawangannya, menurut laporan media tempatan pada Ahad (23 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Jarum dalam strawberi merebak ke pasar raya New Zealand

(Gambar: Mark Ralston/AFP)

Diterbitkan : 23 Sep 2018 05:32PM Dikemas Kini : 23 Sep 2018 05:36PM

AUCKLAND: Sebuah pasar raya New Zealand mengeluarkan kenyataan bahawa jarum ditemui dalam sebuah kotak berisi strawberi yang diimport dari wilayah Australia Barat di salah satu cawangannya, menurut laporan media tempatan pada Ahad (23 Sep).

Rangkaian pasar raya Countdown sudah menarik balik penjualan buah strawberi berjenama Choice dari rak-raknya "sebagai satu langkah berjaga-jaga", menurut The New Zealand Herald.

Menurut The Herald, strawberi dari Australia itu dijual di seluruh negara pada minggu lepas.

"Para pelanggan boleh memulangkan jenama strawberi Choice yang mereka ada di rumah kepada Countdown supaya tidak berasa bimbang dan mendapat bayaran balik penuh," menurut pasar raya itu dalam kenyataan media tempatan.

"Sebagai langkah berjaga-jaga dan menyusuli nasihat yang serupa daripada pihak berkuasa kesihatan awam di Australia, para pelanggan harus memotong terlebih dahulu strawberi dari Australia sebelum memakannya," menurut kenyataan itu lagi.

"Countdown sedang berhubungan dengan pihak berkuasa New Zealand dan Australia sementara mereka menyiasat perkara ini."

Kenyataan itu menambah bahawa "setakat ini tiada laporan mengenai sebarang penyakit atau kecederaan berlaku di New Zealand".

Pada Khamis (20 Sep), jualan jarum dihentikan di rangkaian pasar raya utama Australia susulan rasa panik orang ramai mengenai penemuan objek tajam dalam strawberi dan beberapa buah lain.

Polis di Australia menerima lebih 100 laporan mengenai penemuan jarum dan peniti dalam buah-buahan yang bermula di Queensland awal bulan ini.

Kes jarum dalam buah itu menarik perhatian dunia kepada Perdana Menteri baru Australia Scott Morrison, yang membincangkannya secara terbuka beberapa kali sejak kebelakangan ini.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita