Japan Airlines tawar bayaran balik dan ubah tempahan secara percuma
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Richard A. Brooks)
SINGAPURA: Syarikat penerbangan Japan Airlines (JAL) menyatakan ia akan menerima perubahan tarikh penerbangan atau menawarkan bayaran balik tanpa sebarang yuran bagi sesetengah pelanggan, berikutan pelanggaran di landasan kapal terbang di Tokyo pada Selasa (2 Dis).
Kejadian tersebut melibatkan satu pesawat JAL dan sebuah pesawat pengawal pantai.
"Disebabkan kemalangan ini, kami menawarkan perubahan dan bayaran balik bagi tiket penerbangan Kumpulan JAL tanpa sebarang yuran bagi sesetengah pelanggan yang mempunyai tempahan sehingga 31 Mac, 2024," tulis JAL dalam satu catatan di Facebook pada Rabu (3 Dis).
Lima individu di dalam pesawat pengawal pantai maut, manakala semua 379 penumpang dan anak kapal berjaya menyelamatkan diri menggunakan gelongsor keselamatan, beberapa minit sebelum Airbus JAL itu terbakar.
Kapten pesawat pengawal pantai itu, yang merancang untuk memberi bantuan di zon gempa bumi yang berlaku pada Tahun Baharu, merupakan satu-satunya yang terselamat, namun dia mengalami kecederaan serius.
Rangka kapal terbang JAL masih berada di atas landasan Lapangan Terbang Haneda pada Rabu.
Pelanggan yang ingin mengubah tempahan atau meminta bayaran balik bagi penerbangan Kumpulan JAL, yang termasuk penerbangan yang berkongsi kod, harus memohon perubahan tersebut sebelum 31 Januari, tulis JAL di laman webnya.
Pegawai Kerajaan Jepun berjanji untuk menyiasat bagaimana insiden itu berlaku, di negara yang tidak menyaksikan kemalangan penerbangan komersil yang serius selama beberapa dekad.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.