AS janji terus perangi ISIS meski sudah kalah '100 peratus'
Amerika Syarikat pada Rabu (6 Feb)menekankan lagi tekadnya untuk memusnahkan kumpulan ISIS tetapi meminta pihak bersekutu untuk memainkan peranan lebih besar.

Amerika Syarikat berjanji untuk musnahkan kumpulan ISIS. (Gambar: Zoe Garbarino/Reuters)
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Rabu (6 Feb)menekankan lagi tekadnya untuk memusnahkan kumpulan ISIS tetapi meminta pihak bersekutu untuk memainkan peranan lebih besar. Presiden Donald Trump dengan yakin berkata kumpulan pengganas itu tidak lama lagi akan hilang kuasa ke atas semua kawasan yang ditawannya di Syria.
Presiden Trump berucap di satu perhimpunan para pegawai dari lebih 70 negara yang berada di Washington untuk membincangkan cara-cara bagi memerangi kumpulan ISIS. Disember lalu, Encik Trump membuat pengumuman mengejut apabila beliau mengisytiharkan kemenangan ke atas ISIS dan menarik balik kesemua 2,000 anggota tentera negaranya dari Syria.
Encik Trump berkata pasukan yang dipimpin Amerika dan sekutu mereka dari pasukan Kurdi sudah berjaya "membebaskan kesemua kawasan" daripada kumpulan militan yang pernah mengawal sebahagian besar wilayah Syria dan Iraq.
Sidang tersebut diadakan dalam usaha untuk menangani kesan daripada pengunduran anggota tentera Amerika dari Syria. Ia termasuk mengekalkan perdamaian antara Turki dan pejuang Kurdi serta mencari huraian bagi ratusan anggota militan warga asing yang dipenjara di Syria. Menurut Washington, mereka sepatutnya dihantar pulang ke tanah air masing-masing.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman penting dibuat di akhir acara sehari itu dengan para pemimpin Amerika Syarikat lebih memberi tumpuan terhadap isu-isu dalam negeri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.